Temubual Bersama Leo Syahmessi

Day 1,919, 18:37 Published in Malaysia Thailand by soyalis

For english version please click here

Leo Syahmessi, nama yang tidak asing lagi dalam dunia eMalaysia. Dilahirkan pada 29 May 2010 (tahun eRep), beliau langsung jatuh sakit dan koma selama 2 tahun sebelum bangkit semula dan aktif dalam perkembangan eMalaysia sehingga sekarang. Kini Leo Syahmessi merupakan orang penting dalam politik eMalaysia dan pencapaian tertinggi beliau ialah sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Penggal Jan’ 13. Hari ini beliau telah menukar port folio dan memegang jawatan Timbalan Menteri Pertahanan, ahli kongress untuk ketiga kali dan memainkan peranan penting dalam jatuh bangun politik eMalaysia.

Ikuti temubual bersama Leo Syahmessi, mendalami isu semasa pencaturan politik eMalaysia..







"the best preparation for tomorrow is doing your best today.

if you're ashamed to stand by your colours, you better seek for another flag!"

- Leo Syahmessi





eMT = eMalaysia Today
LEO = Leo Syahmessi

eMT : Apa khabar? Mula-mula sekali aku nak ucap tahniah sebab dah jadi ahli kabinet eMalaysia sekarang.

LEO : lol. Dari bulan lepas lagi aku jadi ahli kabinet. Tapi bulan ni turun pangkat. Bulan lepas menteri, bulan ni timbalan menteri, huhu

eMT : Baiklah. Terima kasih sebab sudi ditemu bual. Boleh kita mula sekarang?

LEO : Kau tanya je apa kau nak. Aku takde hal punya. Selagi boleh jawab, aku jawab… 😉

eMT : Baiklah kalau macam tu aku tanya la. eMalaysia sekarang ni hanya tinggal bahagian Sarawak je. Sebab kita dah sewakan PM pada eThai. Dan beberapa minggu lepas berlaku peristiwa menggemparkan bila eThai take over Sarawak dan ramai rakyat eMalaysia yang panik. Boleh jelaskan kenapa benda ni boleh berlaku?

LEO : haha, ya. Memang kita panik bila eThai take over Sarawak sebab dalam agreement just mentioned yang mereka hanya nak menyewa PM je. Tapi disebabkan mereka ada banyak MPP daripada kita dan terdapat ramai BH hunter yang mengacau dalam battle di Sarawak, jadi Sarawak telah jatuh ke tangan eThai walaupun pihak eThai dah berusaha untuk bagitau rakyat-rakyat mereka dan allies-allies mereka supaya fight bagi pihak eMalaysia. Lepas tu, mereka pun mengotakan janji utk melepaskan Sarawak kembali kepada kita. Sebenarnya benda ni takkan jadi kalau kita kuat dan ramai. So,rajin-rajin la tarik orang join eRep ni supaya kita ramai orang dan boleh fight dengan negara lain. 😃

eMT : Maksudnya kalau ikut kekuatan memang kita kalah pada eThai?

LEO : Yup. Memang kita kalah kalau fight dengan Thai. Sebab Thai ni umpama adik eSerbia. eSerbia kuat dan ramai. Salah satu kuasa besar dekat eRep ni. So, kita tak boleh nak buat apa-apa. Kalau lawan, konfirm kena wipe. Langsung Malaysia hilang dari peta, dan tak dapat nak adakan congress election. Tinggallah CP sorang dalam kerajaan rasmi, lagi teruk. So, macam sekarang ni kita still ada 1 region, at least kita still dapat bentuk kerajaan, dan kalau mengikut agreement, kita akan ada 2 region untuk congress nanti.

eMT : Boleh tak kalau kita katakan yang populasi masih lagi masalah besar dalam eMalaysia?

LEO : Yup, memang masalah kita adalah populasi. Bukan dekat sini je, tapi dekat RL pun sama. Bila populasi kecil, pendapatan negara sikit, ekonomi tak aktif, negara pun tak dapat nak collect tax banyak. So, tak bolehlah nak sign MPP dengan negara-negara lain. Pastu kalau ada war, negara nak provide supplies pun susah sebab duit tak banyak. terpaksalah rakyat guna duit sendiri untuk beli food, weapon. Bila duit dah habis, lama-lama bosanlah, habis mati camtu je. Dah lah populasi memang sikit. Banyak disadvantage dan kesan-kesan dari populasi kecil ni. Sebab tu kita perlukan orang.

eMT : Tapi kebelakangan ni aku dengar populasi eMalaysia tengah meningkat naik. Boleh komen tak pasal isu ni?

LEO : Yup, memang populasi eMalaysia sekarang dah naik. Meningkat dengan mendadak. Hujung bulan 12, kita just ada 348 orang je. Tapi awal bulan, jumlah citizen 584 orang! Meningkat hampir 100%!! Mula-mula aku dan MoI team yang lain ingat multies je semua tu. So, kita orang pun dalam berjaga-jaga lah, takut ada unsur-unsur PTO yang akan berlaku. Tapi bila aku check, ada beberpa akaun tu mempunyai nama Melayu. Aku pun try lah mesej dia orang, dan surprisingly dia orang reply! Yang paling penting, dalam BM rojak, short form! Means dia orang ni RL Malaysian. Lepas tu, elok pulak si Amli baru dilantik oleh admin eRep sebagai mentor. So, aku dan Amli pun kelam kabut lah detect akaun-akaun baru lahir ni, mesej sekor-sekor untuk confirmkan dia orang RL Malaysian ke tak. Ramai jugak yang kita orang dapat trace, cuma kalau kita orang trace dari mula-mula, mesti lagi banyak. Tapi nak buat macam mana, dah terlambat baru sedar. Banyak yang dah mati sebab tak ada guide. Tapi at least, ramai jugaklah yang masih dapat diselamatkan. Harap-harap dia orang ni stay active dan survive dengan guide dan tutor yang kita orang bagi. Sebab Malaysia memang perlukan orang, tambah -tambah RL Malaysian.

eMT : Jadi ko rasa dengan pertambahan populasi yang mendadak ni eMalaysia akan membangun dengan cepat ke lepas ni?

LEO : Yup, tentu sekali. Dengan populasi yang ramai, ekonomi kita akan menjadi lebih rancak, customer menjadi ramai, supplier pun makin ramai. Dan mereka juga pastinya akan mencari pekerjaan. So, kesemua ini akan membawa manfaat kepada kerajaan dalam mendapatkan duit yang lebih banyak melalui cukai-cukai yang dikenakan.




Benda ni simple je. Kalau populasi ramai, duit banyak. Bila duit banyak, macam-macam aktiviti kita boleh buat untuk meningkatkan ekonomi kita. Contoh macam sekarang, kerajaan dah ada cara untuk dapatkan duit dan sedang mengumpul kekayaan. So, kita pun lancarkan program welfare(food & weapon) untuk rakyat tidak mengira level. Sebab apa? Sebab kita mampu. Sebelum ni, mana ada program-program macam ni kecuali zaman dahulu. Sebelum ni kita tak mampu nak MPP dengan negara lain pun susah. Terpaksa catu duit, terpaksa donate duit sendiri untuk support kerajaan, terpaksa susun strategi untuk MPP dengan siapa. Dan pernah satu ketika kita minta duit dari sebuah negara untuk MPP dengan mereka. Dia orang pulak yang kena support CC untuk kita. Alangkah miskinnya kita pada masa tu. Miskin duit, miskin populasi.

Populasi yang ramai juga dapat mengelakkan kita dari diserang PTOers sebab kita mampu untuk mengawal pilihanraya, calon-calon dan undi-undi. Tetapi kita perlukan RL Malaysian je. Kalau nak tambah populasi dengan tarik orang luar masuk jadi warganegara Malaysia, ia hanya akan mengundang lebih ramai PTOers dan situasi akan jadi lebih kelam kabut.

Populasi yang ramai juga menjadikan kita lebih kuat bila berperang. Musuh pun fikir dua tiga kali. Kalau nak tawan negara lain pun boleh. Tapi kita masih kekurangan orang di division 3 & 4. Ramai division 1 & 2 masih muda. 🙁

eMT : Menarik dan memang nampak yang kekuatan eMalaysia tengah meningkat naik sekarang. Tadi kau ada sebut pasal PTO. Boleh ulas sikit?

LEO : Sebenarnya tak meningkat mana pun. Sebab ramai yang masih newbie dan masih di division 1 dan 2. Kita pun masih tak selamat dari serangan PTO. PTO adalah masalah terbesar eMalaysia sejak zaman dulu lagi. Tengoklah PP election yang baru lepas hari tu, sejumlah besar multies-multies PTO telah menyerang, menakluk dan hampir memenangi election tersebut. Tapi serangan tersebut telah berjaya dipatahkan hasil tindakan pantas pihak kerajaan dalam membuat laporan kepada admin tentang multies-multies tersebut dan mengakibatkan mereka di'permanentbanned'kan oleh admin..padan muka dia orang! haha.. 😛

Masalah PTO ni pun berkait rapat dengan populasi, tak ramai RL Malaysian untuk counter PTO attack ni. Setiap negara ada PTOer, cuma bergantung pada jumlah populasi je. Negara yang tak ramai populasi macam Arab Saudi, UAE, South Africa, termasuklah jiran-jiran kita seperti Singapore, Philippines, Thailand, semua di bawah kuasa PTOer. Sebab RL diorang tak ramai, tak mmpu nak ATO the PTO. Kalau populasi ramai, tiada masalah macam Indo, Brazil, Bulgaria, Poland etc.

eMT : Memang ternyata PTO ni bawa masalah besar pada kita. Ramai senior-senior lain pon selalu sebut dan ingat kan pasal isu ni. Sebagai citizen eMalaysia ko rase ape setiap orang perlu ingat dan buat untuk pastikan PTO tak berlaku.

LEO : sebagai seorang citizen eMalaysia, setiap orang perlu aktif dalam eRep dan melibatkan diri dalam arena politik serta mula berkomunikasi antara satu sama lain.

eMT : Boleh ulas lagi kenapa perlu libatkan diri dalam politik?

LEO : Supaya kita mempunyai ramai ahli kongres yang boleh menyekat kemasukan PTO dari luar. Kita juga akan mula berkomunikasi apabila kita terlibat dalam politik kerana sebagai ahli politik, kita kena ambil tahu hal-hal semasa. Di sini, peranan media juga adalah penting dalam menyebarkan agenda-agenda serta berita-berita terkini supaya rakyat tau perkembangan semasa. Contoh kalau ada PTO, melalui media lah berita disebarkan.

Selain tu, rakyat-rakyat perlu memainkan peranan dalam memastikan PTO tidak berlaku. Jika ada sebarang account yang disyaki multi atau PTO, rakyat-rakyat perlu melaporkan pada MoI untuk siasatan. Waspada pada nama-nama yang pelik, rajin-rajin kan diri untuk tanya newbies yang baru lahir. Kalau boleh, tanya dalam bahasa Melayu shortform untuk mengesan multi.



Apabila tiba masa election, tanya pada wakil-wakil kerajaan untuk vote siapa(semestinya calon-calon ATO). Kalau nak jadi calon, tanya pada wakil parti kita atau wakil -wakil kerajaan dlu. Lepas dah approve, buat artikel dan declare kita sebagai calon supaya rakyat tau kita calon ATO, bukan PTO. Kalau dah ada 2-3 calon yang bertanding, elakkan diri dari bertanding supaya undi tak pecah. Contoh macam election semalam, ramai gila candidate dalam setiap party termasuklah PTO. Bila ramai, rakyat tak tau nak undi yang mana satu. so, undi pun pecah antara calon -calon. yang rugi, calon -calon rasmi ATO lah. PTO yang untung.

eMT : Baiklah rasanya dah panjang sangat temubual ni. Ada kata – kata akhir tak untuk rakyat jelata eMalaysia?

LEO : Kata -kata akhir ek? Hm, aku harap eMalaysia citizen dapat kekal aktif dalam eRep ni supaya dapat membantu eMalaysia berkembang maju dan bersatu dalam mengesan sebarang cubaan PTOer. Rajin -rajinlah berkomunikasi dengan orang lain dan kalau boleh, libatkan diri di IRC. That's all. 😛

eMT : Terima kasih!


P.s = Ketika artikel ini siap di sunting, eMalaysia sedang berperang dalam usaha membebaskan kembali PM.


TAMAT

GLOSARI

PM = Peninsular Malaysia / Semenanjung Malaysia
CP = Country President / Presiden Negara
MPP = Mutual Protection Pact / Pakatan Perlindungan Bersama
MoI = Ministry of Immigration / Kementerian Immigresen
RL = Real Life /Kehidupan Sebenar
CC = Citizen Currency / Matawang Tempatan
PTO = Political Take Over / Pengambil alihan politik
ATO = Anti-political Take Over / Anti-pengambil alihan politik



Sila vote dan subscribe. Terima kasih.