CDV sebagai Ahli Parlimen ANDA ! [malay version]

Day 698, 21:54 Published in Malaysia New Zealand by Carr De Vaux

Saudara-saudari and rakan seperjuangan FRoSEA sekalian,

Kamu telah memberi saya peluang untuk berkembang dan berjaya di negara ini. Kamu telah memberi saya peluang untuk saya menjadi Ahli Parlimen anda pada pilihanraya pertama saya. Kamu menjadi pembaca akhbar saya yang terbaik - dengan memberi respon kritical, minda yang terbuka dan undian yang murah hati. Presiden anda telah memberi saya sepeluang untuk berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Hal-Elwal Sosial dan Pendidikan. Semua itu berlaku dalan hidup pendek 46-hari e-Rep saya.

Kini, di persimpangan kritikal e-negara kita, dengan perkembangan pesat rakyat-rakyat 'baby boomers' dan ramai rakyat level 2-9, negara kita memerlukan kepimpinan yang terbaik. Anda memerlukan parti politik dan ahli parlimen yang mendengar keperluan dan kehendak rakyat dan bertegas untuk hak dan visi anda untuk negara ini. Anda memerlukan ahli parlimen yang ingin menyumbangan kepada negara ini, bukan setakat untuk pingat kongress. FRoSEA and anda memerlukan ahli-parlimen yang berpengalaman dan baru untuk mencarta masa hadapan yang cerah untuk negara kita!

Rhetorik setakat itu, izinkan saya untuk memberi sepatah-dua mengenai kekuatan, sumbangan dan visi saya untuk negara ini, sebagai Ahli Parlimen ANDA. Manifesto pilihanraya saya ini, adalah evolusi daripada janji-janji sulung saya kira-kira sebulan yang lalu , yang saya masih pegang teguh.
========================================
Program Pendidikan dan Mentor Pemuda
Saya sering menulis mengenai topik ini, yang rata-rata diterima baik oleh kebanyakan pembaca akhbar ini dan juga pemimpin-pemimpin negara FRoSEA. Ini termasuklah artikel mengenai Program Sosial dan Pendidikan FRoSEA yang memenangi anugerah FUP Unity Award baru-baru ini. Saya memang bersemangat untuk memberi pendidikan yang terbaik dan mentoring yang berpatutan kepada e-bayi-bayi kita - semoga mereka mencapai kehidupan yang memuaskan di eWorld. Ini juga isu pertama dalam manifesto penggal pertama saya. Jika dilihat kembali, saya rasa saya agak berjaya dalam membawa perkembangan dari segi pendidikan remaja-remaja FRoSEA, melihatkan ramai rakyat mid-level seperti saya (level 8-15) yang aktif bergiat di forum-forum, media massa and diskusi IRC dan sebagainya. Saya percaya, pendidikan yang berasas adalah penting untuk perkembangan community di FRoSEA. Sebagai Ahli Parlimen ANDA, saya akan mempunyai lebih banyak pengaruh untuk terus berkempen ke arah suatu sistem pendidikan yang terancang.
=======================================
Forum FRoSEA
Saya ingin terus mengembangkan skop dan penggunaan forum-forum FRoSEA (link di bawah artikel ini), terutama sekali untuk program-program pendidikan, sosial dan ketenteraan. Walaupun dalam tempoh 20+ hari yang lepas, saya tidak berjaya membawa perkembangan pesat ke forum-forum kita, nescaya, di hari yang akan datang, saya akan terus berkempen untuk usaha yang lebih dalam membangun aktiviti di forum kita. Saya juga menyokong tegas usaha calon DAP -
nicholas2000
dalam mendorong rakyat-rakyat kita untuk bergiat di forum. Sebagai Ahli Parlimen ANDA, saya akan menjadi suaramu di forum Kongress, dan saya akan menyalur kembali maklumat yang penting kepada rakyat jelata.
========================================
Kepimpinan yang bersemangat Pemuda FRoSEA
Saya rasa ini adalah kekuatan utama saya, dan saya gembira melihat ramai lagi wajah-wajah baru yang bergiat warnai kehidupan di FRoSEA. Contohnya: Tendou , virus13,
seanlam, Nowe (Ahli Parlimen/Timbalan Menteri) , TunPerak II , daBoss (Pelawak negara tidak rasmi), malaysian (penulis bahasa Cina tersulung) , gugugagaour (Usahawan muda RL Malaysian, sunlightz, dan sepastinya aily yang comel (penulis bahasa Melayu yang popular) . Ramai lagi rakyat-rakyat yang lebih berpengalaman, yang menyumbang kepada cukai negara, menghasilkan pekerjaan-pekerjaan dan memimpin negara ini - yang terlalu ramai untuk disenaraikan di sini.
Tetapi, yang pasti, jika anda mengundi saya - ANDA pasti dapat seorang Ahli Parlimen yang aktif, rajin dan bersemangat!
========================================
Pengalaman
Sebagai seorang 'remaja' 46-hari, saya tidak ingin menghurai panjang mengenai 'pengalaman' saya - tetapi, untuk menyakinkan anda yang saya bukan setakat newbie yang ingin memenangi 5 gold yang mudah - berikut adalah pengalaman saya yang terha😛
► Satu penggal sebagai Ahli Parlimen Semenanjung Malaysia, di bawah DAP, dengan undian ke-6 tertinggi.
► Timbalan Menteri Hal-ehwal Sosial dan Pendidikan, di bawah presidensi Badlands17.
► Editor bangga akhbar Chronicle of Democracy - Viva, pemenang anugerah FUP untuk artikel cemerlang. Akhbar ini akan terus berkembang dengan lebih ramai penulis dan pemberita di hari yang akan datang.
► Saya akan menjadi e-Ambassador ke eIndonesia apabila Jeff Shiiste (seorang lagi calon DAP) bersara.
========================================
Polisi Negara
Sebenarnya, ahli-ahli Parlimen tidak mempunyai kata akhir dalam pembentukan polisi-polisi negara, terutama sekali kebanyakan undian Parlimen dilakukan en-bloc. Makan, saya tidak akan menghurai panjang mengenai pendirian saya terhadap pelbagai isu-isu polisi negara. Berikut adalah rumusan pendirian saya:
Domestik (Sosial): Meneruskan bajet dan program Pejabat Sosial sekarang. Kita perlu berjimat dalam pembelanjaan wellness pack, dengan memberi pendidikan yang berpatutan kepada newbie kita.
Domestik (Pendidikan): Kita perlu sistem pendidikan dan mentoring yang lebih tersusun, seperti yang saya huraikan di atas.
Hal-ehwal luar negeri: Neutraliti negara FRoSEA adalah sangat penting dan kita perlu sentiasa berusaha ke arah matlamat itu. Tetapi, lain daripada yang lain, saya tidak merasakan yang Sol adalah satu-satu cara untuk mencapai neutraliti. Dengan koalisasi besar (peace,eden-fortis etc) semua berubah, saya khuatir yang satu hari, Sol akan menjadi sebahagian daripada permainan peperangan e-dunia. Saya menyokong pembesaran Sol games, hanya jika semua kuasa besar akan terlibat.
Ekonomi: Nagyzee (dap candidate as well) memang hebat dalam pentadbiran kewangan negara. Saya suka sikap berjimat-cermat beliau, kerana saya percaya FRoSEA memerlukan dana simpanan yang besar untuk bersedia untuk [url=href=http://www.erepublik.com/en/article/overproduction-issue-recession-and-its-relevance-967215/1/20] kemelut ekonomi e-global, seperti yang dibincangkan lalu[/url].
Immigrasi: Saya menyokong polisi immigrasi yang ketat untuk mengelakkan masalah PTO atau pencuri pingat kongress etc, tetapi kita memerlukan lebih ramai rakyat untuk negara terus berkembang.
Ketenteraan: Vikta, Ryan, Ali, Jeff dan lain-lain dengan jayanya membawa reformasi dalam organisasi ketenteraan kita. Tetapi, saya tidak menyokong pembelanjaan negara untuk menyokong program pembelian senjata Q1 untuk latihan ketenteraan.
========================================

Maka, kawan dan lawan sekali, undi lah artikel ini jika anda bersetuju denga semangat demokrasi nya, undilah Carr De Vaux jika anda bersetuju dengan visi dan matlamat saya. Sekian terima kasih.

ps: English version here

Yang menjalankan tugas,

Carr De Vaux
Timbalan Menteri Pendidikan dan Sosial
Ahli Parlimen Semenanjung Malaysia
Editor Chronicles of Democracy - Viva
________________________________________ ____________________________________
Link to FRoSEA forum: http://erepublik.forumotion.net/forum.htm
Link to Social Office - http://www2.erepublik.com/en/organization/1448344
FRoSEA IRC server/channel: irc.rizon.net / #erepublik.my