Bentur selagi kau ingin dibentur

Day 4,511, 07:57 Published in Malaysia Malaysia by Awang
Permulaan
Minggu ini lain daripada minggu sebelumnya rutin harian berubah sedikit daripada biasa, ada yang meluangkan masa bersama keluarga tak kurang juga ada yang masih melakukan tugas daripada rumah, yang turun bersama menjadi frontliners seperti dua tiga orang pemain eMalaysia tak kurang juga yang sedang membelek telefon pintar. Seterusnya artikel ini akan diceritakan dengan penceritaan sahaja.


Cerita 1
Cerita ini tentang haiwan, ya haiwan yang berada dalam satu kawasan harmoni dengan pelbagai spesies antaranya zirafah, harimau, singa dan bermacam haiwan lain. Masa ini merupakan masa yang sangat sukar bagi mereka, musim panas menghampiri yang menyebabkan mereka hilang sumber air untuk di minum serta ancaman luar. Tahun ini merupakan tahun yang agak luar biasa bagi mereka, biasanya haiwan seperti seladang, gajah dan rusa keluar bebas mencari rezeki di hutan rimba. Jumlah haiwan mulai susut disebabkan ancaman luar tadi.


Justeru itu, mahluk yang paling otai tak lain dan tak bukan adalah Sang Singa menjalankan kewajipan dengan mengambil mahluk lain untuk bermesyuarat apakah tindakan yang perlu diambil.

Berikut adalah perkara yang terjadi dalam mesyuarat tu:

Sang Singa : Beta mahu mendengar pendapat kalian, rakyat Beta, apakah langkah yang sesuai untuk Beta ambil bagi menyelesaikan krisis Hutan kita ini ? Yang pertama untuk menyelesaikan masalah sumber, yang kedua kita menghadapi ancaman dari Sang Belang.

Sang Kancil : Patik, mencadangkan pada Tuanku agar melepaskan beberapa ekor rusa di satu kawasan terpencil. Kemudian Tuanku dan tentera menghapuskan terus ancaman Sang Belang. Tuanku dah mengepung mereka, kalau Tuanku rugi pun hanyalah dua tiga ekor rusa je pun Tuanku.

Sang Kerbau Pendek Hutan: Betul tu Tuanku, kita langgar je, mana kita boleh sondol, kita sondol.

Kongkang: Tuanku, patik cadangkan agar Tuanku berbaik sahaja dengan Sang Belang kerana kita tahu tiada sesiapa di rimba ini yang boleh kalahkan Tuanku.

Merasakan kedudukannya tergugat, Sang Kancil mula memberikan lagi cadangan.

Sang Kancil : Tapi Tuanku, bukankah lebih elok jika negeri kita ini tiada ancaman. Tuanku boleh sahaja memilih mana-mana haiwan sebagai santapan. Yang penting Tuanku tangkap semua Sang Belang dalam Rimba ini.

Sang Singa berhenti untuk berfikir sebentar apakah keputusan yang perlu diambil. Ada baiknya juga di berbaik dengan Sang Belang yang merupakan teman sepermainan di hutan Rimba ini.

Sang Singa : Baiklah, Beta dah berbuat keputusan, Beta akan berbaik semula dengan Sang Belang. Kita akan teruskan untuk menyelesaikan masalah yang lagi penting untuk diselesaikan iaitu sumber air, tak guna kita bergaduh sesama kita. Marilah kita berusaha bersama-sama untuk kebaikan kita juga.

...

.

Penutup
Sebagai mengakhiri cerita mengarut diatas saya tinggalkan dengan sebuah lagu
~ Racun yang tak pernah berhenti mengalir~...
~Tempurlah selagi kau boleh tempur~
~Dan juga bentur selagi kau ingin dibentur~