Bentur selagi kau ingin dibentur
Awang
Cerita 1
Justeru itu, mahluk yang paling otai tak lain dan tak bukan adalah Sang Singa menjalankan kewajipan dengan mengambil mahluk lain untuk bermesyuarat apakah tindakan yang perlu diambil.
Berikut adalah perkara yang terjadi dalam mesyuarat tu:
Sang Singa : Beta mahu mendengar pendapat kalian, rakyat Beta, apakah langkah yang sesuai untuk Beta ambil bagi menyelesaikan krisis Hutan kita ini ? Yang pertama untuk menyelesaikan masalah sumber, yang kedua kita menghadapi ancaman dari Sang Belang.
Sang Kancil : Patik, mencadangkan pada Tuanku agar melepaskan beberapa ekor rusa di satu kawasan terpencil. Kemudian Tuanku dan tentera menghapuskan terus ancaman Sang Belang. Tuanku dah mengepung mereka, kalau Tuanku rugi pun hanyalah dua tiga ekor rusa je pun Tuanku.
Sang Kerbau Pendek Hutan: Betul tu Tuanku, kita langgar je, mana kita boleh sondol, kita sondol.
Kongkang: Tuanku, patik cadangkan agar Tuanku berbaik sahaja dengan Sang Belang kerana kita tahu tiada sesiapa di rimba ini yang boleh kalahkan Tuanku.
Merasakan kedudukannya tergugat, Sang Kancil mula memberikan lagi cadangan.
Sang Kancil : Tapi Tuanku, bukankah lebih elok jika negeri kita ini tiada ancaman. Tuanku boleh sahaja memilih mana-mana haiwan sebagai santapan. Yang penting Tuanku tangkap semua Sang Belang dalam Rimba ini.
Sang Singa berhenti untuk berfikir sebentar apakah keputusan yang perlu diambil. Ada baiknya juga di berbaik dengan Sang Belang yang merupakan teman sepermainan di hutan Rimba ini.
Sang Singa : Baiklah, Beta dah berbuat keputusan, Beta akan berbaik semula dengan Sang Belang. Kita akan teruskan untuk menyelesaikan masalah yang lagi penting untuk diselesaikan iaitu sumber air, tak guna kita bergaduh sesama kita. Marilah kita berusaha bersama-sama untuk kebaikan kita juga.
...
Penutup
~Tempurlah selagi kau boleh tempur~
~Dan juga bentur selagi kau ingin dibentur~
Comments
dimana suara sang rusa?? dimana keadilan untuk sang rusa?? mengapa suara sang rusa diketepikan?? mengapa sang rusa yangnmenjadi mangsa??
Mana gajah, kerbau pendek ada tp gajah xde. Ini tidak adil. Hahaha