PHOENIX dari penilaian

Day 825, 01:22 Published in Malaysia Malaysia by Awang

Seperti kita sedia maklum berdasarkan post saudara Carr De Vaux mengenai pertubuhan alliance di seantero eRepublik. Negara kita merupakan salah satu daripada ahli SOL.

Media antarabangsa di eRepublik kerap menyiarkan perang mengenai Phoenix VS EDEN, dan yang terbaru adalah rancangan negara eChina untuk menyertai EDEN. Hal yang demikian berlaku di sebabkan wilayah yang tinggi kadar Ferrumnya (high iron region) iaitu Lianong telah di rampas oleh Serbia yang merupakan salah satu alllies dalam PHEONIX. Rentetan peristiwa tersebut, berlaku peristiwa-peristiwa perang untuk mendapatkan kawasan jajahan (territories).

Saya juga agak terkejut apabila membaca eRepublik wiki yang menyatakan bahawa eBritain adalah allies PHEONIX kerana saya menyangkakan mereka adalah EDEN kerana Britain di kelilingi oleh negara EDEN.Sesiapa yang ada cerita selanjutnya bolehlah meletakkan di komen yang di sediakan di bawah artikel ini kerana saya mahu mengetahui sejarahnya, Kalau tak silap saya , PHEONIX adalah alliance yang tercetus dari PEACE GC.

Hubungan eMalaysia dan eIndonesia kembali aman selepas PEACE TREATY yang telah di lakukan oleh Kerajaan eMalaysia dan eIndonesia.Walaupun begitu , baru sahaja beberapa hari yang lepas, kerajaan eIndonesia telah menyerang Southern Thailand,Thailand yang berAlliance dengan kita, mungkinkah eIndonesia mahu memulakan kembali peperangan dengan eMalaysia?
Selepas saya menyemak artikel yang di keluarkan oleh MoFA eIndonesia dan akbar-akhbar lain di Indonesia, saya mendapati bahawa itu hanyalah strategi perang kerana Southern Thailand menghubungkan Tamil Nadu, dari situ mungkin boleh eIndonesia cuba untuk mendapatkan lubuk besi ,Kartanaka kembali.

p/s : Kalau ada kesilapaan harap di tegur
TQ CDV and Suz