Achievement Medal Seorang eRakyat

Day 4,800, 06:30 Published in Malaysia Malaysia by OPMM Wingman

Selamat Sejahtera warga eMalaysia sekalian.
Demi menyahut seruan Dewan Parlimen eMy bagi pertandingan pertama tahun 2021
posting kali ini, aku nak cerita sikit tentang Medal berharga yang kita boleh perolehi dalam game ini.
Disini aku bahagikan medal ikut kumpulan masing-masing. Medal achieveement ni korang boleh tengok kat bahagian detail korang.




Medal Pentadbiran
Dibawah kuasa pentadbiran, terdapat beberapa medal yang boleh korang dapatkan. Jom kita intai apa medal-medal yang menjadi kebanggaan bagi sesiapa yang pernah dapatkannya.
1. Congress Member 5 GOLD
Tiap-tiap bulan akan diadakan Congress Election. Jika korang menang congress, secara automatiknya korang akan dapat medal ni. Tips nak jadi congress, korang kene aktif dan sentiasa peka terhadap sebarang permasalahan dalam eMY. Korang akan ada kuasa voting, kuasa menerima kerakyatan dan jika bernasib baik, korang akan dilantik sebagai Menteri dalam bidang masing-masing.

2. Country President 5 GOLD
Bagi medal yang ni, mudah saja nak dapatkan.. Just bagi nama pada eYDPA eMY, terus akan ditabal pada pilihanraya akan datang. Kerjanya sama seperti Presiden RL, kene jadi ketua negara, kene deal dgn negara jiran dan lain-lain.

3. Dictator Trainee (10 hari berturut) 5 GOLD
4. True Dictator (30 hari berturut) 50 GOLD
Untuk part 3 dan 4 ni aku satukan je. Macam mana nk jadi dictator?
Ketua unit ketenteraan mesti memulakan rampasan kuasa tentera untuk berpeluang menjadi diktator. Ketika rampasan kuasa tentera bermula, Ketua tentera akan mencari sekutu Ketua unit tentera lain di negara ini dan memerangi atau berlawandengan semua orang yang menyokong pemerintah rasmi (CP Semasa) dan unit ketenteraan nasional yang tidak menyokong perjuangannya. Pertempuran ini dikenali sebagai perang saudara atau sivil war. Untuk menjadi Diktator, pasukan komander pasukan tentera mesti memenangi perang ini.

5. Liberator 10 GOLD
Kalau korang dapat medal ni, hadiahnya lumayan. 10G!!!
Korang kene la pulak jatuhkan pemerintahan dictator… kene lakukan revolisi dalam pentadbiran negara korang yang tengah dibawah dictatorship tu…

Medal Peperangan
Dalam eMy, kita memang takkan lari dari berperang. Ada 10 medal dibawah seksyen peperangan.
Jom aku bawak tour tengok satu persatu medal tu.

1. Freedom Fighter 1000 CC
Medal ni korang boleh dapatkan bila ada resistance war. Korang support RW, then bila menang, korang akan dapat la medal ni. Tp kalau kalah….. hehehe mendapat la korang,…

2. Battle Hero D1-2G D2-3G D3-4G D4-5G
Medal ni antara yang jadi rebutan. Influence/damage paling tinggi dalam round war tersebut, korang akan dapat medal ni dan reward Gold. Agak menarik untuk dikejar. Tapi modal pun kene keras la untuk compete dgn org lain. Kalau boleh, take turn la antara rakan… Melainkan kalau dah xde org hit, ko amek je la…

3. Sky Hero 30 GOLD
Ni sama je macam BH tp dikira secara overall. Means ko kene compete dgn Divisyen lain juga!!

4. Campaign Hero 5 GOLD
Ini utk yang power STR n banyak modal. Ko kene dapatkan overall war tu markah paling tinggi. Kiranya kalau nak senang, setiap SH dan BH tu ko kenela dapat kalau nak dapatkan CH ni. Pandai2 la calculate sendiri.

5. Resistance Hero 5 GOLD
Medal ni ko dapat bila ko completekan dan menang beberapa war dalam Freedom Fighter. Yang ni aku tak pasti sangat. Boleh rujuk kawan2. Hahha

6. Mercenary 1.000 CC
Ni task paling mudah. Travel, kill 25 orang. Complete 50 Negara, ko dapat 1 medal.

7. Top Fighter 5 GOLD
Dalam 30 hari berlainan, ko dapatkan top ranking, jadi lepas complete 30 hari, ko dapat la medal ni.

8. Top Aviator 5 GOLD
Sama je dgn TF tp ni untuk yang Airbattle punya lah.

9. True Patriot 1000 CC
Yang ni dikira point war peribadi kau dlaam negara. Kalau capai certain point, ko layak dapat medal True Patriot ni.

10. Prestige Hunter 5 GOLD (TOP 100 ADA TAMBAHAN GOLD LAIN)
PH ni ko dapat kalau ko boleh siapkan Weekly Challenge. Mcm biasa, main kene la ada modal sikit kan. Takpe.. jgn risau.. kau akan rasa berbaloi… sbb game ni best. Hahahaha

RALAT: p/s : nak betulkan sikit medal RH dgn FF tu, info tu terbalik..medal RH ko kena support dan kalau RW berjaya,maka dapatlah medal tersebut..kalau tidak,penjaralah dikau..manakala FF pula ko kena fight mengikut berapa jumlah hit dan berapa RW yang diperlukan..tetapi sebelum hit, pastikan RW itu hampir berjaya kerana kalau tak berjaya maka hit anda tidak dikira.. (sumber: Leo Syahmessi)

Medal Komuniti
Medal Komuniti ni medal lain2 yang korang boleh dapatkan. Aku andaikan ini adalah medal santai santai.

1. Media Mogul 5 GOLD
Korang rajin menulis? Idea apa pun xkesah. Buka newspaper sendiri, karang sendiri dan dapatkan 1000 subs. Mudah kan?

2. Super Soldier 5 GOLD
Ko rajin rajinla pergi training… upgrade semua training facilities korang yg ada tu.. jgn kedekut… setiap 250 point, ko dapat 1 medal.

3. Society Builder 5 GOLD
Ni kira macam nk meramaikan umat eMy la… Ko join eRepublik, eKahwin (daftar degan Pesuruhjaya MAHO), pastu dapat 10 anak, besarkan mereka sampai level 10. Haa… mudah kan. Akakla kawan2 sekeliling ko tu main…. Asalkan jgn ko gatal buat akaun multies sudah!!! Nantu aku sula!!

Haaaa tu lah serba sedikit yang aku tahu pasal medal ni. HArap kalau ada yang sudi betulkan, sila silakan lah. Terima kasih kerana membaca. Jgn lupa subscribe, vote dan endorse!!!

OPMM WINGMAN
M.A.H.O AWANI