[MoE] Pertandingan Nukilan Karya Ilmiah

Day 4,797, 08:41 Published in Malaysia Poland by Ministry of Edutainment


Salam Hormat Salam Sejahtera,

Terima kasih kepada CP eMy Awang bagi penggal Januari 2021 kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mendokong jawatan di dalam Ministry of Education.

Buat pertama kalinya dari sisi MoE akan melaksanakan pertandingan Nukilan Karya Ilmiah kepada para pemain eMy berdasarkan beberapa tajuk yang akan diberikan.

Kepada yang berminat untuk menyertainya, sila ajukan keinginan penyertaan anda kepada MoE iaitu saya sendiri untuk mendapatkan tajuk karya dan karya perlu di terbitkan di eMy selewat-lewatnya pada day 4800. Hadiah saguhati penyertaan akan diberikan kepada setiap penyertaan yang dihantar.

Hasil nukilan akan diadili oleh beberapa panel hakim berdasarkan isi dan persembahan. Hadiah yang agak lumayan juga tersedia kepada pemenang sebagai menghargai usaha karya tersebut. Hasil keputusan pemenang akan diberitahu selepas WC minggu pertama Januari 2021.

Hadiah tempat pertama
5 gold + 10k cc
Hadiah tempat kedua
3 gold + 5k cc
Hadiah saguhati (tempat ketiga – tempat kelima)
1 gold + 2.5k cc
Saguhati penyertaan berupa 2k cc.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah.



Ministry of Edutainment