Voter Club Version Bahasa Melayu

Day 1,936, 18:02 Published in Malaysia Malaysia by Monkeyboom Yau


*For English Version, please read it here http://www.erepublik.com/en/article/how-to-earn-more-money-2101976/1/20

Artikel ini akan menjelaskan beberapa perkara tentang kelab pengundi dan cara-cara untuk mendapatkan wang dengan mengundi. Jika anda ada sebarabg pertanyaan atau masalah, anda boleh menghantar mesej kepada ahli kelab pengundi, Snowderblazer atau Naluteniot.



Kenapa saya menyertai kelab pengundi? Kerana ingin menjana pendapatan sampingan, saya menyertai kelab pengundi pada bulan Disember tahun 2012. Pemilik kelab pengundi ini ialah Naluteniot, dia juga merupakan orang yang menjana pendapatan terbanyak dalam kelab ini.



Berapa lama kelab pengundi ini telah ditubuhkan?
- Kelab pengundi ini bermula pada Januari 2011 dan masih aktif sehingga kini. Setiap bulan akan ada ahli baru menyertai.



Bagaimana saya ingin mendaftar?
-Pendaftaran untuk kelab pengundi ini ialah amat mudah kerana ia hanya memerlukan nama pengguna dan juga kata laluan.

-Ia adalah digalakkan untuk tidak menggunakan kata laluan yang sama seperti dalam akaun eRepublik anda dan sila letakkan sekali alamat profil eRepublik anda juga.

-Untuk mendaftar sila tekan alamat dibawah ini (pendaftaran adalah percuma): Register

*Contoh (biarkan Org number 1 sahaja):


-Selepas anda telah tekan Register, anda akan melihat seperti gambar dibawah:


-Sekiranya anda terlupa apa kata nama dan kata laluan untuk akaun kelab pengundi anda, jangan risau kerana anda boleh buat akaun baru untuk menjana pendapatan anda.







Maklumat pembayaran:


-Anda boleh mengumpul seberapa banyak pendapatan melalui proses mengundi dan melanggan artikel-artikel yang ditempah. Setiap minggu semua pendapatan anda akan dikumpulkan dan diberikan ke akaun eRepublik anda. Jika anda ada membuat undian palsu, maka beberapa pendapatan anda akan ditolak.



-Maklumat berikut akan muncul setelah pihak moderator memberi bayaran kepada akaun eRepublik anda. Proses ini boleh mengambil masa dari 5 hari ke 1 minggu.

-Anda perlu bersabar ketika menanti untuk terima bayaran dari kelab mengundi. Ini kerana pihak moderator ialah bukan robot tetapi mereka adalah manusia. Sekiranya anda masih juga tidak menerima sebarang bayaran, sila hubungi pihak moderator di IRC (IRC channel #voters di Rizon).



-Anda juga berpeluang untuk menggunakan kelab pengundi ini supaya anda dapat pingat Media Mogul atau untuk membuatkan artikel anda jadi antara ke-lima teratas. Sila tekan URL ini untuk membuat tempahan, http://erepublik-market.com/voters/newOrder.html



-Harga berikut akan berubah dari masa ke semasa, tertakhluk kepada perubahan.









-Selepas anda membuat tempahan anda, sila buat yang berikut:
1) Sila buat salinan nombor tempahan anda dan simpankan ia sehingga tempahan telah diterima atau ditolak.
2) Tekan "Your Order Status".

-Ini akan memberi maklumat tambahan tentang siapa yang mengundi atau melanggan artikel atau surat khabar anda. Jika anda ada sebarang masalah tentang tempahan anda, sila hantar pesanan peribadi kepada pihak moderator yang telah menerima atau menolak tempahan anda kerana dia yang boleh bantu anda selepas anda membuat tempahan.


-Setelah tempahan anda telah diterima, anda akan mula menerima undi/langganan seperti contoh dibawah:



-Ia juga akan menunjukkan jika ada orang yang undi/langgan guna nombor palsu.



-Sila berwaspada bahawa terdapat beberapa orang yang akan meletakkan lebih dari 1 undi/langganan, ini adalah tidak dibenarkan kecuali jika ia merupakan undi/langganan dari Facebook atau YouTube.

-Sila laporkan nama orang tersebut besertakan nombor tempahan anda kepada pihak moderator antara dari mesej peribadi atau IRC. Sila berwaspada dengan undian palsu juga seperti gambar dibawah: