Sampai Bila???

Day 1,140, 23:00 Published in Malaysia Malaysia by Secretariat of Pakatan Rakyat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada tanggal 15 Ogos 1511 bermulalah penjajahan di negara kita dan penjajah demi penjajah datang bersilih ganti sehinggalah akhirnya kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Selama 446 tahun kita di perbodohkan dan di pergunakan.

Jadi apa kaitannya apa yang berlaku ke atas kita di dunia sebenar dan apa yang sedang berlaku sekarang di eMalaysia?Senang sahaja,dulu si kodok telah melayan kita seperti manusia yang bodoh.Tidak layak untuk memberi cadangan jauh sekali dari memerintah.Si kodok juga dulu menunjukkan sikap yang amat kurang ajar apabila menghina agama majoriti daripada kita.Kini seorang calon presiden telah mengeluarkan menifestonya dan di dalam kerajaan dia tiada seorang pun di antara kita dan yang lebih menghina apabila die meletakkan si kodok sebagai menteri keewangan sedangkan dia memang sudah tidak layak untuk berada di negara ini lagi kerana dia telah membenarkan apa yang si kodok buat dengan mengiktiraf si kodok dengan jawatan di dalam kerajaan.Jika si buah menang pun kemungkinan besar tiada perubahan sebab akhirnya kita di ketepikan dan terus di perbodohkan.

Dahulu ketika aku memperjuangkan hak-hak kita sehingga terbentuk satu gerakan "kesedaran" di antara kita tetapi malangnya tiada siapa yang sanggup memberi sokongan secara terbuka kepada aku tetapi aku tidak kisah kerana akhirnya kita berjaya menunjukkan kekuatan kita yang sebenar.Akhirnya aku pergi meninggalkan negara ini kerana aku fikirkan bahawa kumpulan - kumpulan muda akan terus memperjuangkan hak - hak kita tetapi nampaknya aku sudah silap.

Aku sendiri tidak paham dengan sikap kebanyakan kita.Aku sering mendengar di belakang takbir bahawa kamu semua tidak berpuas hati dengan pemerintah dan aku sering kali sanggup menjadi kambing hitam untuk meluahkan ketidak puasan hati kamu semua dan walaupun tidak mendapat sokongan terbuka aku tidak kisah kerana bagi aku yang benar perlu di tegakkan.

Ketika kamu sudah mampu berkuasa kamu tidak mempergunakan peluang ini untuk mempertahankan hak kamu.Aku tidak bermaksud kita perlu menjadi golongan yang menolak orang luar tetapi lihat apa yang terjadi sekarang,kerana terlalu selesa orang luar sudah menolak kita mentah-mentah.

Kebanyakan kamu mengatakan bahawa ini hanyalah sebuah permainan jadi tidak perlu hendak mempertahankan atau memperjuangkan apa-apa sekali pun tetapi bagi aku permikiran adalah sama sekali tidak betul.Apa yang kamu lakukan di sini menunjukkan siapa diri kamu yang sebenar,baik mahu pun buruk.Seorang manusia hanya layak di gelar manusia jika dia akan mempertahankan prinsip hidupnya di mana sahaja dia pergi.Lebih menyedihkan aku adalah kebanyakan antara kamu yang beragama Islam sering kali mendiamkan diri apabila agama kamu di hina.Adakah tuhan dan prinsip kamu itu di tinggalkan sebaik sahaja kamu memasuki ruang siber?

Amatlah rugi manusia yang tidak mempunyai pendirian yang tetap di dalam hidupnya walaupun di mana dia berada.Kamu boleh membenci aku atau mempersoal aku akan tindakan aku yang sebelum ini kerana sesungguhnya aku hanyalah manusia yang pasti akan membuat kesilapan tetapi yang pasti aku juga manusia yang pasti akan memperjuangkan prinsip hidup aku walupun di mana aku berada.

Ada pepatah melayu yang mengatakan "Siapa Yang Makan Cili Dia Yang Terasa Pedasnya" jadi renung-renunglah sendiri.Tun Mahathir pernah mengatakan bahawa "Melayu Mudah Lupa" tetapi bagi aku di dunia siber ini,"Orang Malaysia Mudah Lupa".

Yang Benar,

Noveras