Referendum Rasmi [Bahasa Melayu]

Day 1,797, 05:33 Published in Malaysia Malaysia by Firebourne


Kenyataan Rasmi Presiden eMalaysia

Salam sejahtera. Dalam masa beberapa hari lagi, saya akan mengumumkan satu referendum rasmi bagi menentukan hala tuju negara kita. Sebagai Presiden, saya berpendapat bahawa ianya amat sukar bagi eMalaysia untuk menjadi negara neutral dalam arena politik antarabangsa.

Saya telah mendapatkan pendapat daripada beberapa rakyat eMalaysia yang dipilih bagi tujuan untuk memahami persepsi mereka terhadap eMalaysia menyertai pakatan politik antarabangsa.

Dalam masa beberapa hari lagi, saya akan melancarkan referendum untuk rakyat eMalaysia mengundi dan menentukan hala-tuju eMalaysia dalam politik antarabangsa. Referendum ini akan dibuka selama tiga hari (dari Hari 1800 hingga Hari 1802/October 24,2012 ke October 26,2012). Saya menyeru agar rakyat eMalaysia menyertai referendum ini dan mengundi untuk menentukan hala tuju eMalaysia dalam arena politik antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

Firebourne
Presiden eMalaysia

Jika ada kesalahan tatabahasa, sila maafkan saya.