Rambang #3

Day 4,543, 02:20 Published in Malaysia Malaysia by Nerzhu1
Lame nau tak sambung siri Rambang ni sejak jadi CP...

Jadi sambungan anjakan paradigma kali ini bermula dengan petikan berikut:


"If you define yourself by the power to take life, the desire to dominate, to possess... Then you have nothing."


Kuasa, apakah matlamat untuk memperolehi ia?
Kuasa, yang menjadi bahan rebutan semua.
Tapi kenapa sampai nak berebut kuasa tersebut?

Dan jika anda ada pilihan, nak ambil tak kuasa tersebut?




Dari kecil lagi, akibat dari jadi mangsa buli, diri ini pernah terfikir bagaimana nak jadi berkuasa.
Supaya boleh membalas dendam kepada mereka, supaya mereka rasa apa yang diri ini lalui.
Setiap hari mengharungi dugaan dibuli membuat diri ini makin gilakan kuasa untuk hentikan tindakan mereka.

Hari bersilih ganti, agenda itu tidak pernah lesap dari minda.
Sehinggalah beberapa tahun lepas, diri ini melihat mereka telah pun berubah.
Dari perwatakan penjahat kaki buli, ke perwatakan ketua keluarga.

Melihat perubahan tersebut, membuat diri ini terpegun.
Kerna diri ini masih mengharapkan sesuatu pembalasan, ingin juga gunakan kuasa untuk membalas dendam.
Namun diri ini juga menerima hakikat bahawa setiap insan berhak untuk dimaafi, walaupun sekeji mana pun mereka dahulu.

Dan bila diri ini akhirnya dapat kuasa tersebut, diri ini sedar betapa korupnya kuasa sebenarnya.
Sehinggalah diri ini jadi alpa.
Sehinggalah nilai diri ini hancur.

Sehinggalah diri ini sedar, bahawa diri ini yang sebenarnya, sama seperti mereka.

"Power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely.
Great men are almost always bad men, even when they exercise influence and not authority."



Maka dengan ini, kita akan bersambung lagi dalam siri rambang seterusnya. 🙂
Harap ada kelapangan masa waktu PKP-WFH ni untuk sambung menulis.