Rambang #1

Day 4,503, 01:45 Published in Malaysia Malaysia by Nerzhu1
Ini adalah artikel bersiri yang rambang.

Jika anda ada mesin masa, apakah yang akan anda lakukan?
Berikan pandangan anda di ruangan komen.
Hanya boleh patah balik sekali je.


Kalau pada diri ini, mungkin nak ubah diri supaya tak pentingkan prestij akademik semata-mata semasa di sekolah dan universiti.
Kenapa? Kerna diri ini ingin dapat perhatian mereka.
Namun ku sedari, walaupun dah terlambat, bahawa ianya sia-sia.
Dan kesan perbuatan itu, masih berlegar-legar hingga kini.

Bila diimbau kembali, banyak kenangan yang boleh dicipta bersama.
Hanyalah untuk dijadikan sebagai mimpi, mimpi yang takkan terjadi.

Sesungguhnya, jiwa ini memang sukar untuk melupakan kisah masa silam.

Tapi pernah juga terfikir, apa yang bakal jadi jika kita boleh ubah masa silam?

Adakah diri ini masih lagi ada disini untuk mengarang artikel ini?