POLITIC : Holy War in eRep

Day 4,713, 04:52 Published in Malaysia Croatia by Danny Herlino Sutra
Dalam eRepublik, peperangan antara Sunni dan Syiah benar-benar telah berlaku, yaitu perjuangan Iran untuk menjajah Turki dan Arab Saudi. Jika dibandingkan dengan RL (Real Life) Sunni dan Syiah, terpaksa berdamai kerana status sebagai Muslim (yakni, Beriman kepada Allah dan Rasulullah), dan jika tidak membuat perjanjian damai, antara pengikut Khalifah Sayidina Ali (Syiah) dan Sistem Kekhalifahan Islam (Sunni), dua golongan ini mungkin akan berperang sebab nak memerangi "kebenaran atau fitnah" yang dibawa masing-masing.

Selain itu, dalam eRep Filipina (Tidak pasti Muslim atau Nasrani) dari Timur Jauh telah membebaskan Makkah dari kekuasaan Kerajaan Bani Saud di Negara Jazirah Arab, Hejaz.

XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO

Dalil Quran dan hadis tentang Kekhalifahan Rasulullah s.a.w (Sunni) dan Pemerintahan Islam.

Sebagaimana Firman Allah s.w.t kepada Kerajaan Nabi Daud A.S yang berpusat di Baitul Maqdis :-
"Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat adzab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan." (Surah Al-Shaad, ayat 26)

Nasihat Nabi s.a.w tentang Khalifah terhadap para sahabat:-
Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Dahulu Bani Israil dipimpin para Nabi. Setiap kali meninggalnya seorang Nabi, Allah akan menggantikan dgn Nabi yg lain. Sesungguhnya tidak ada Nabi lagi setelah aku. Dan sepeninggal aku akan ada para Khalifah" para sahabat bertanya, "Apa yg engkau perintahkan kepada kami?" Nabi menjawab, "Tunaikanlah baiat kalian kepada Khalifah yg pertama (sehingga wafat), kemudian kepada yg berikutnya (seorang demi seorang). Lalu penuhilah hak mereka, dan mintalah pada Allah tentang apa yg menjadi hak kalian. Kerana sesungguhnya Allah akan menanyai mereka dan dipertanggungjawabkan atas apa yg mereka pimpinkan (di hari kiamat)."
(HR AlBukhari dan Muslim)

Nasihat Nabi s.a.w tentang kewajiban Majlis Syura (yaitu "Parlimen atau Demokrasi" hanya dalam kalangan Ulamak sahaja sebab para sahabat Nabi s.a.w juga bertugas seperti Ulamak) :-
Nabi s.a.w brsabda:-
"Terdapat dua kelompok manusia, jika kedua-duanya baik, maka manusia (masyarakat) seluruh­nya akan menjadi baik, dan jika kedua-duanya rosak, maka manusia (masyarakat) seluruhnya juga akan menjadi rosak, mereka itu ialah umarak (penguasa) dan ulama"
(Ha­dis riwayat Ibn Abdul Barr)

Nabi Muhammad s.a.w brsabda:
"Tidaklah Allah mengutus seorang Nabi dan tidak juga mengangkat seorang Khalifah melainkan ada dua orang kepercayaan yang dekat dengannya.Orang pertama menyuruh untuk berbuat baik dan mendorong untuk melakukannya,dan orang kedua menyuruh berbuat jahat dan mendorong untuk melakukannya".(HR.Bukhari)

Allah s.w.t berfirman:-
"Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepada kamu sedang kamu mengetahuinya".(Al-Anfal:27)

Allah s.w.t berfirman:-
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu angkat jadi pemimpinmu orang yang membuat agamamu (Islam) menjadi bahan ejekan dan permainan, iaitu di antara orang yang telah diberikan kitab sebelummu dan orang yang kafir.” (Al-Maidah, ayat 57)

Sebagaimana Khulafa' ArRasyidin, Kekhalifahan Islam yang sebenar tidak semestinya seorang Raja:-
Nabi Muhammad S.A.W brsabda:-
“Zaman kenabian akan berlangsung pada kalian dalam beberapa tahun, kemudian Allah mengangkatnya. Setelah itu datang zaman khilafah 'ala minhaj nubuwwah (kekhilafahan sesuai manhaj kenabian atau Khulafa' ArRasyidin), selama beberapa masa hingga Allah ta’ala mengangkatnya. Kemudian datang zaman mulkan aadhdhan (penguasa-penguasa yang menggigit atau khilafah bani umaiyah, khilafah bani abbasiyah dan khilafah bani Uthmaniah) selama beberapa masa. Selanjutnya datang zaman mulkan jabbriyyan (penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak atau zaman kejayaan yahudi dan nasrani dalam kelemahan Umat Islam) dalam beberapa masa hingga waktu yang ditentukan Allah ta’ala. Setelah itu akan terulang kembali zaman khilafah ‘ala minhaj nubuwwah (yaitu zaman Khalifah Al-Mahdi dan turunnya Isa Ibnu Maryam). Kemudian Nabi Muhammad saw diam.” (HR Ahmad)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda,
"Khilafah Nubuwwah berlangsung selama 30 tahun (usia Khulafa' ArRasyidin), kemudian Allah akan memberikan kekuasaan (Khilafah) kepada Raja atau kekuasaan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya".

Ulamak berpendapat, Khulafa' ArRasyidin yang menggantikan "Kepimpinan Daulah Rasulullah", bukan seorang Raja tetapi seorang Umarak(Pemimpin) yang diangkat dari kalangan Ulamak (yaitu para sahabat Nabi s.a.w). Raja dalam hadis Nabi s.a.w bermaksud Kerajaan Bani Umayyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan Kerajaan Bani Uthmaniyah. Sebab mereka mendapatkan "Khilafah" daripada Ulamak dan dikenali seluruh Umat Islam secara rasmi.

Nasihat Nabi s.a.w untuk para sahabatnya, berkaitan Khalifah Islam dan seluruh Kepimpinan dalam Pemerintahan Islam :-
Telah menceritakan kepadaku Yahya bin Abi Al Mutha’ ia berkata; aku mendengar ‘Irbadl bin Sariyah berkata; “Pada suatu hari Rasulullah SAW berdiri di tengah-tengah kami. Baginda memberi nasihat yang sangat menyentuh, membuat hati menjadi gemetar, dan airmata berlinangan. Lalu dikatakan; “Wahai Rasulullah, engkau telah memberikan nasihat kepada kami satu nasihat perpisahan, maka berilah kami satu wasiat.” Baginda bersabda: “Hendaklah kalian bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat meskipun kepada seorang hamba Habsyi. Dan sepeninggalku nanti, kalian akan melihat perselisihan yang banyak, maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulafaur Rasyidin Almahdiyin (yang mendapat petunjuk). Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham, dan jangan sampai kalian mengikuti perkara-perkara (bid’ah) yang dibuat-buat, kerana sesungguhnya semua bid’ah itu adalah sesat.”
(HR Ibnu Majah)

Bab Bid'ah ada panjang penjelasannya daripada Ulamak. Contohnya, seperti Bid'ah Hasanah (halal) dan Bid'ah Dolalah (haram). Sebab, Khalifah Umar Al-Khatab membuat "Solat Tarawih" dan Khalifah Abu Bakar As-Shiddiq membuat "Baitulmal" yang tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w namun mereka menggunakan dalil Quran dan hadis secara berhati-hati.

Contoh perkara yang tidak ada pada zaman Rasulullah, adalah hukum "Maulid", dan hukum "Tahlil" (Firqah Wahhabi mengharamkannya, tapi sebenarnya HALAL sebab ikut dalil Quran dan hadis). Selain itu, Hukum "Tawassul" (Firqah Wahhabi mengharamkannya, tapi sebenarnya HALAL sebab dilakukan Nabi Muhammad s.a.w sendiri dalam beberapa hadisnya (seperti Nabi s.a.w pernah memberi salam kepada penghuni kubur dan lain-lain), Hukum "Ruqyah" juga seperti berTawassul , orang sholeh nasrani juga melakukannya sebelum kemunculan Nabi Muhammad s.a.w (cerita melalui hadis, Salahsatunya kisah 3 orang beriman nasrani yang terperangkap di dalam gua), Imam Syafie juga berdoa kepada Allah di makam gurunya, dan "Tawassul" sebenarnya telah dilakukan ramai Ulamak pada zaman Tabi'in dan Tabi' AlTabi'in.

Wabillahitaufik walhidayah.

XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO

Pemerintahan Islam di tempat berkumpulnya manusia

Sebelum kejatuhan Khalifah Islam pada tahun 1924, Kekhalifahan Islam Turki (kekuasaan yang diserahkan kepada Sistem Monarki Bani Uthmaniyah) yang dulu pernah menyatukan seluruh Umat Islam secara rasmi, dengan menjaga dan memerintah di Makkah, Madinah dan Syam (yaitu tempat berkumpul para Nabi, juga dikenali sebagai Bumi Anbiya', termasuk yahudi dan nasrani) serta berkuasa terhadap 3 masjid suci islam, yaitu Masjidil Aqsa, Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram.

Terkini, dalam eRepublik, Wilayah Turki telah dijajah oleh Iran (Syiah), hampir semua wilayah dijajah termasuk Konstantinopel (juga dikenali sebagai Istanbul atau Islambol), dan meninggalkan Anatolia sahaja untuk Turki. Selain itu, Iran juga kini sedang cuba menjajah kebanyakan wilayah Jazirah Arab atau Hejaz (Dalam RL, Jazirah Arab diperintah Kerajaan Bani Saud) dan sekarang tinggal hanya Madinah dan beberapa wilayah sahaja untuk Kerajaan Bani Saud.

Kesimpulannya, sama ada berlaku dalam RL atau eRepublik, kita dapat berpandangan bahawa ini adalah "Peperangan antara Agama / Ideologi", bukan sekadar peperangan biasa. Seolah-olah, gambaran bahwa "Imam Mahdi Syiah" (atau AlMasih Dajjal) telah muncul di akhir zaman melalui eRepublik ini. Anehnya, dalam waktu yang sama, seolah-olah "Pemuda Bani Tamim" (yaitu salasilan keturunan Arab) dari Timur Jauh (seperti Filipina) kini berkuasa di Makkah, seolah-olah gambaran Wazir bangsa Timur telah muncul di Makkah sambil "menunggu AlMahdi" untuk menyerahkan kuasa pemerintahan kepada beliau dgn mengangkatnya sebagai "Khalifah Islam" ??

Persoalannya, apakah sebenarnya misi dan visi Iran Syiah atau Filipina (Nasrani atau Muslim?) Dari Timur Jauh dalam membebaskan Makkah dari kekuasaan Kerajaan Bani Saud (pengikut Sunni mazhab Wahhabi)?

Sekian Terima Kasih...

XOXO