Pilihanraya Kongres

Day 1,800, 05:36 Published in Malaysia Malaysia by Firebourne

Sebagai permulaan, saya ingin mengucapkan selamat berkempen kepada mereka yang akan menyertai pilihanraya besok.

Sebelum saya meneruskan artikel ini, saya ingin mengingatkan semua orang mengenai perubahan yang telah dilakukan atas modul pilihanraya kongres. Saya percaya yang ramai sudah lupa mengenai perubahan yang dilakukan.

Mulai sekarang, apa yang akan berlaku ialah, bila kamu mengundi, kamu akan mengundi untuk parti, dan bukan lagi untuk calon pilihanraya. Oleh sebab itu, apabila kamu mengundi besok, kamu hanya akan mendapat pilihan parti, dan bukan pilihan calon.

Jadi, apa yang akan berlaku ialah, jumlah undian yang diterima oleh parti sesebuah parti, akan menentukan jumlah kerusi kongres parti itu akan menerima. Ini bermakna, jika terdapat 10 kerusi kongres, dan parti tersebut mendapat 50 undian daripada 100 undian, maka, parti itu hanya akan mendapat 5 kerusi kongres. Ini yang dikatakan sistem "proportional" edisi eRepublik.

Pada hari ini, semua presiden parti politik akan diberikan tanggungjawab untuk menentukan keutamaan calon mereka dalam senarai calon. Bermaksud, jika parti itu menang 5 kerusi kongres, maka, 5 calon teratas yang diberikan keutamaan oleh parti presiden dalam senarai tersebut akan mendapat kerusi di kongres. Calon lain dalam senarai itu tidak akan mendapat kerusi. Sama juga dengan parti politik lain (bergantung dengan jumlah undian parti itu memenangi).

Jadi, kepada semua presiden parti, sila membuat perubahaan pada senarai calon kongres kamu dan berikan keutamaan kepada calon yang kamu rasa perlu diberikan keutamaan. Kepada calon kongres, sila berkempen untuk parti dan bukan diri kamu kerana, pengundi akan mengundi berdasarkan parti, dan bukan lagi calon.

Kepada semua guru Bahasa Melayu di luar sana, saya ingin meminta maaf jika kamu mendapat sakit jantung. Saya sedar bahawa kualiti Bahasa Melayu saya amat rendah.

Sekian,
Firebourne
Taiko Besar

Jangan lawan taukeh!