Mereka Yang Lupa Akan Sejarah Pasti Akan Mengulanginya

Day 1,099, 06:31 Published in Malaysia Malaysia by Secretariat of Pakatan Rakyat


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakyat eMalaysia.
Yang pertama sekali ini kemungkinan menjadi rencana saya yang terakhir di eMalaysia untuk masa yang lama.Saya juga terpaksa menulis rencana ini menggunakan warta Pakatan Rakyat kerana saya sudah menukar kerakyatan saya jadi saya sudah tidak boleh menerbitkan sebarang hasil tulisan saya di eMalaysia.Saya juga memilih untuk menulis rencana saya ini di dalam bahasa ibunda saya dan bahasa kebangsaan Malaysia kerana saya rasa sebagai rakyat Malaysia kita perlu memulakan usaha untuk menggunakan bahasa kebangsaan kita di eMalaysia.



Perjanjian Pangkor



Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 di antara Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak bersama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong baginda iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato' Sagor. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak, satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah dan membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu.



Sebab Campur Tangan British



Perak pada masa itu merupakan pengeluar bijih timah utama yang mendahului United Kingdom pada abad ke-19. Sementara Inggeris, yang pada masa itu sudah mendapat Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, menganggap Perak sebagai satu negeri yang amat penting. Tetapi keadaan yang tidak stabil seperti Perang Larut dan pergaduhan antara kongsi gelap Cina mengganggu perniagaan bijih timah ketika itu.


(Raja Abdullah)

Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871. Raja Abdullah, sebagai Raja Muda, sepatutnya dilantik sebagai sultan baru akan tetapi disebabkan baginda tidak menghadiri upacara pengkebumian, Raja Bendahara Raja Ismail telah dilantik.Perasaan tidak puas hati mendorong Raja Abdullah meminta bantuan Inggeris.

Kesan Kepada Tanah Melayu

Politik :-

1. Perjanjian Pangkor turut menandakan secara rasmi campur tangan British di negeri-negeri Melayu. British dapat menyebarkan kuasanya ke negeri-negeri Melayu yang lain dan sekaligus mengukuhkan kedudukannya di Tanah Melayu.

2. Pengenalan sistem rasiden menyebabkan sultan dan pembesar-pembesar Melayu kehilangan kuasa politik mereka kerana pada hakikatnya, residen yang membuat segala keputusan dan sultan
hanya menjadi pemerintah boneka.

Ekonomi :-

1. Perjanjian Pangkor membolehkan British menjadi kuasa Barat tunggal yang berhak mengeksploitasi sumber ekonomi Tanah Melayu seperti bijih timah. Kerajaan British telah menggalakkan pelabur-pelabur Eropah menanam tanaman kormersial dan melombong bijih timah secara intensif.



Pengajaran



1. Setiap pertolongan yang di beri pasti di minta balasan.Pasti ada udang di sebalik batu.Tiada yang percuma di dunia politik.

2. Penjajahan berlaku kerana mahukan hasil bumi.Walaupun akhirnya British tinggalkan Tanah Melayu mereka sudah mengaut untung yang banyak dari hasil bumi kita.

3. Janganlah jemput penjajah untuk menyelesaikan masalah negara kerana sekali mereka bertapak pasti susah nak menghalau mereka kembali.

4. Di mana-mana sahaja ada pembelot negara.Mereka hanya mementingkan diri mereka jadi janganlah memakan pujuk rayu mereka.

Yang Benar,

Noveras "Anak Jati Malaysia"