Mereka tidak mengerti

Day 1,144, 06:22 Published in Malaysia Malaysia by Awang

Assalammualaikum dan salam sejahtera di ucapkan buat warga eMalaysian sekalian. Jika kalian tidak memahami atau tidak tahu apa makna artikel ini carilah ikhtiar. Menuju cabaran dunia eRepublik yang penuh pancaroba pelbagai sentimen di gunakan untuk menjatuhkan air muka seseorang untuk kepentingan diri sendiri dan kepentingan sesuatu badan di eMalaysia.

Ketika penduduk jagatraya menari-menari ke arah pemodenan di eRepublik , marilah mengukuhkan ukhwah di kalangan kita rakyat eMalaysia tak kira latar belakang dan asal usul anda di RL. Kita perlu wujud sebagai suatu sistem masyarakat yang saling bantu membantu seperti aur dan tebing dan memahami bukan bertolerasi kerana apabila kita faham antara satu sama lain tidak wujud perkara yang di katakan pergaduhan negatif. Kisah suka dan duka di eMalaysia ini menjadi pengajaran buat masa akan datang supaya semua warga berganding mahu untuk membangunkan eRepublik dari segi Sosial dan Ekonomi.

Tahukah anda saya kenal Noveras sejak saya kena TamingSari di Erepublik? Tahukahkan anda saya kenal nicholas2000 dan saudara amer57 biarpun mereka tidak mengenal saya. Ayuh bersama bergerak dengan panji-panji yang telah di perkukuhkan untuk kita terus maju seiring dengan negara-negara lain seperti eUSA. Ingatkah anda 1511, Sejarah tak dah di hilangkan kerana kerajaan Melaka bermula sebelum 1511. Tanah Melaya di gelar sebagai Semenanjung Emas atau pun ada di dalam catatan lama di US. Kenapa?kerana sumbernya dari zaman berzaman.

Ikan Haruan badannya cantik,
Di tangkap oleh Buntak,
Kalau hidup mahu syok,
Mari kita bermuafakat.

Baiklah , Ini adalah teguran peribadi saya kepada seseorang di harap orang tersebut tidak tersinggung. Baiklah Apa itu ISLAM?Islam itu dalam jawi nya boleh di eja Alif sin lam mim. Selamat. Kalau ISLAM itu selamat? apa itu selamat? Selamat itu tidak mendapat bahaya.
Seterusnya
Sabda Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam: “Barangsiapa yang berbohong dengan menggunakan namaku maka dia telah menempah tempat duduknya dalam neraka” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari – no: 1291 dan Muslim – no: 4]


Sabda Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam: “Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempat duduknya di dalam neraka” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari – no: 109]
Kenapa Rasullulah menyatakan hal sedemikian? Kerana tidak mahu umatnya berlebih-lebihan dan berbohong.

Menurut ‘Abdullah bin al-Mubarak, beliau berkata:


“Sanad itu adalah sebahagian daripada al-Din (agama). Kalaulah tidak kerana sanad, sesiapa pun akan bercakap apa sahaja yang dia mahu (sekalipun tidak benar)” [Riwayat Muslim 1/10]

Sebagai tambahan, elok rasanya penulis nukilkan pernyataan seorang ulama’ hadith terkemuka dalam mazhab Syafi’e iaitu Ibn Hibban ketika menghuraikan hadith “Cukuplah menjadi satu dosa bagi seseorang yang menceritakan segala yang dia dengari (tanpa mengkaji benar atau tidak)” [Diriwayatkan oleh Muslim – no: 5] di mana beliau telah berkata:

“Di dalam hadis ini terdapat larangan kepada sesiapa sahaja supaya tidak menyebut semua perkara (termasuk hadith) sehinggalah dia yakini itu adalah sahih” [Tamam al-Minnah Fi’ al-Ta’til ‘Ala’ Fiqh al-Sunnah – Syaikh al-Albani – kaedah no: 11]

Insya-Allah semuanya akan berjalan lancar,Bersyukur kepada Allah kerana dapat di pertemukan dengan rakan seperjuangan di eRepublik. Jangan lah menghina agama lain walaupun kita benci dekat seseorang dan seorang itu menghina anggaplah mereka tidak tahu apa yang berada di sebalik kita. Terang dan terus menerang. Sekian 😃