HARAPAN YANG PASTI

Day 1,008, 05:26 Published in Malaysia Malaysia by OPMM Wingman

[BAHASA]

Selamat sejahtera rakyat eMalaysia.
Apa khabar anda sekalian? Diharap anda sihat hendaknya.

Sepertimana yang kalian semua tahu, pada hari 1009 tepat jam 0000, bermulalah hari yang kita nanti-nantikan. Hari dimana kita rakyat Malaysia akan bangkit menentang penjajah Serbia. Hari dimana kita akan mengambil semula hak kita dibumi bertuah ini.

Serbia telah memerintah secara kuku besi di Malaysia lebih kurang sebulan. Bermula dari pilihanraya kongres yang lepas sehinggalah pilihanraya CP baru-baru ini. Kemenangan mereka telah memperlihatkan banyak perubahan negatif keatas ekonomi dan rakyat. Cukai dinaikkan sesuka hati, Wang simpanan kerajaan dicuri dengan sewenang-wenangnya dan banyak syarikat ditutup akibat dari pemerintahan kuku besi Serbia.

Disini, saya ingin menyeru rakyat Malaysia secara amnya, supaya membuat pilihan tepat pada pilihanraya kongres kali ini. Pilihlah calon yang telah diumumkan oleh Presiden Parti anda. Undi anda amat berharga bagi mengubah nasib kita semua. Sampaikan salam ini pada rakan-rakan yang lain. Harap dapatlah kita sama-sama berjuang dalam mengambil semula hak kita. Jangan biarkan maruah kita tercalar sekali lagi.

Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai calon yang anda ingin undi, sila PM PP masing-masing.

“UNDI ANDA PENENTU MASA DEPAN NEGARA”



*********************************************

[ENG]

Peace eMalaysian.
How are you all? Hopefully you should be healthy.

As you all know, on the right at 0000 in 1009, we began a day of waiting. Today when we Malaysians will rise against Serbian occupation. Day where we will take back our rights on earth is lucky.

Serbia was ruled by an iron rod in Malaysia more than a month. Starting from the last congressional elections until the electoral CP recently. Their victory has seen many negative changes on the economy and people. Arbitrarily increased taxation, government savings stolen by arbitrary and many companies closed due to the autocratic rule of Serbia.

Here, I would like to urge all Malaysians in general, to make the right choice in congressional elections this time. Select a candidate who was declared by the President of your party. Your vote is very valuable to change the fate of us all. Convey greetings on the other partners. Please let us fight together to take back our rights. Do not let our pride scratches again.


If you have any questions about the candidate you want to vote, please PM PP respectively.

"Determinants YOUR FUTURE VOTES THE COUNTRY"



Ikhlas dari,
Wingman Hamallee
Editor Akhbar Tabloid ‘THE PEN”
eMalaysia