eMalaysia buat masa sekang

Day 716, 01:37 Published in Malaysia Malaysia by Awang

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Artikel yang akan saya tulis kali ini mengenai apa yang berlaku di eMalaysia dan eRepublik sejak dari saya mula-mula menyertai permainan ini.

Saya mulakan dengan cara mengenali Erepublik. Saya mengenali Erepublik dari sahabat saya iaitu Suzhaimiz. Selepas itu saya hanya tahu bekerja dan berlatih. Ketika saya tiba di eMalaysia ketika itu, eThailand dan eMalaysia bergabung di bawah FROSea. Banyak pemimpin terkemuka yang masih saya ingat ketika itu iaitu NAR Henry, Vikta , Gustavius , Nagyzee , Albert Neurath dan Gentyle. Saya mengenali apa itu produktivi yang dilakukan dari boss saya buat masa sekarang iaitu Monolift Fiction.

Baiklah kita teruskan isu politik di eMalaysia ketika itu. Pada waktu itu saya memilih untuk menyertai Malaysia-Thailand United Party yang kini di kenali sebagai Federal United Party ketika itu Gentyle adalah presiden parti FUP. Ketika itu juga, Nagyzee yang merupakan ahli parti DAP ketika itu menjadi Presiden FROSea yang pertama. Bulan seterusnya , gen_tiger menjadi presiden parti FUP. Alhamdullilah, gen_tiger memberikan saya peluang untuk bertanding kerusi kongres untuk North-Eastern Thailand dan saya berjaya dalam pemilihan tersebut dengan mendapat hanya 4 undi. FUP memegang 44% kerusi kongress dari kesuluruhannya.Bagi jawatan presiden , ia di sandang oleh Badlands17 yang juga merupakan seorang ahli parti DAP.

Bagi pilihraya yang berlaku baru-baru ini, FUP memenangi 40 % daripada kerusi kongress dan Setsunax terpilih untuk bertanding dalam pilihanraya Presiden. Jika dia menang maka akan berlaku permindahan kuasa dalam pertadbiran dan parti berhaluan kiri akan menjadi kerajaan.Kabinet dalam eRepublik tidaklah di pilih seperti ahli kabinet dalam dunia nyata kerana Presiden atau Perdana Menteri boleh memilih sesiapa sahaja yang dia rasakan perlu untuk menjadi ahli kabinet.

Seterusnya saya akan menuliskan mengenai masyarakat di eMalaysia. Dahulu ketika mula-mula saya tiba di sini , rakyat eMalaysia hanyalah 600+ lebih tapi sekarang dah 1000 orang lebih.Selain itu , kerajaan telah melakukan berbagai-bagai langkah untuk menolong junior-junior yang baru masuk ke eRepublik melalui Social Office yang di operasikan oleh Setsunax dan Carr de Vaux dan orang-orang lain yang tak dapat saya tuliskan di sini kerana ingatan saya lemah sedikit.

Seterusnya melalui ketenteraan, dahulu , hanya ada peperangan untuk latihan di Filipina dan Malaysia dan hanya beberapa allies .Tapi sekarang permainan ini telah bercambah, tahniah buat Nagyzee. Malaysia juga semakin bertambah askar-askar yang memegang pangkat Field Marshall yang dapat mengelakkan Malaysia daripada di ancam. Kini Malaysia juga menyertai peperangan Slovakia.

Sekian ,
Perbetulkan jika saya silap