CerekaLama - Pemuda Harapan Bangsa
JUJAI23
Dari Pemenang no3 Sayembara Penulisan
kesinambungan cerita peribadi sedikit - sedikit. Aku nak cerita sedikit rutin sepanjang PKP ini. Daripada dulu aku memang susah nak tidur awal. Paling awal aku boleh tidur pun pukul 4 pagi. Bangun awal pulak bukannya aku tak boleh tapi setakat ni takde benda lagi yang memerlukan aku bangun awal. Tapi dulu, ada seorang makwe kabor, pemuda harapan bangsa ialah pemuda yang tidur awal dan bangun awal. Tak rambo langsung pemuda harapan bangsa dari perspektif dia ye dak?
Baru-baru ni aku tetiba terfikir, apalah salahnya kalau cuba buat apa yang makwe tu cakapkan. Bukannya boleh buat aku tetiba koma pun kalau diikut. Jadi hari tu dengan niat ingin menjadi pemuda harapan bangsa, aku ready untuk tidur awal. Satu benda yang sudah terlalu lama ku tinggalkan.
Tepat pukul 1 pagi selari dengan waktu Cinderella tidur, aku dah menyiapkan katil. Macammana gua tahu Cinderella tidur pukul 1 pagi? Alaa, dia balik rumah pun pukul 12 tengah malam, mandi tukar baju apa semua, mesti ambik masa sejam baru dapat tidur kan? Ya, genius bukan?
Dua bijik bantal gua susun dengan kemas. Cadar katil pula ditarik tegang dan dikibas dengan selimut. Selepas itu, gua pergi bilik air untuk basuh kaki dan gosok gigi. Lepas gosok gigi gua cucuh rokok sebatang. Ahh, peduli la gua nak hisap rokok lepas dah gosok gigi! Lepas tu, hisap pula pod yang dikatakan boleh membantu berhenti merokok. sudahnya dua - dua pon gua balun malam tu. Lagipun aku baru lepas makan, memang dah niat tak nak bangun sahur.
Bila semua perkakasan tidur sudah nampak lengkap, gua terjun ke katil dan membaca doa tidur dalam bahasa melayu. Selimut gua tarik sehingga ke paras dada. Mata gua menatap siling. Harap-harap pada masa tu takde nampak makwe merangkak dekat siling. Mujur bulan ni bulan ramadhan. tapi hantu ni kenkadang dia muncul ikut kepala dia je.
2.03 pagi : Kalau ada makwe mesti senang sikit tidur, boleh telefon dan beri harapan dan janji palsu.
3.30 pagi : Gua dah bergolek buat kali ke berapa puluh atas katil. Dah berapa juta ekor biri biri gua dah kira.
4.25 pagi : Ok, hujan tetiba turun. Ada chance ni, ada chance.
5.11 pagi : Gua mula mencarut secara konsisten.
Lama kelamaan gua dapat rasakan mata gua semakin berat, petanda gua sudah mengantuk. Yes, nampak gayanya dapat jugak gua menjadi pemuda harapan bangsa. Lekas lekas gua tengok jam kat henset.
7.26 AM. Gua bangun terus terajang kepala katil. Faking hell pemuda harapan bangsa!
Comments
pertamalah cembiaso
Jadi Gua mana yang Gua duduk ni?
hahaha gua itu macam bawang dalam penulisan. kasi rasa sikit haha
Subuh mana???
kantoi ke ni? haha
Wahahaha
siapa kata pemuda harapan bangsa kena tido awal bangun awal?abis yg kena kerja malam macam mana?ini tidak adil..ini adalah rasis,kapitalis,prejudis,maoxist,exists!
itu yg setakat yg makwe tu bgtahu lah.. nak no dia ke untuk ajukan persoalan ini?
Sebenarnya biological clock kita sepatutnya berjaga 2 kali, tidur 2 kali dalam sehari
Tabiat haiwan pun umumnya begitu. Siang ada waktu tidur kejap, malam pun ada waktu berjaga kejap.
Kita berjaga selepas Subuh hingga tengah hari, kemudian take a nap.
Tradisi ini manusia amalkan sejak ribuan tahun lampau.
Dalam Islam disebut Qailullah... hendaklah ajar anak2 jangan masuk ganggu bilik ibubapa waktu tengah hari. Waktu tidur sebenarnya; bukan buat projek.
Masyarakat barat sebut SIESTA.... Ini memperkasakan jasmani.
"LET HIM SLEEP FOR WHEN HE WAKES HE WILL MOVE MOUNTAINS" - Napoleon Bonaparte
Kemudian selepas Isyak kita tidur... jika diamalkan kita akan secara natural akan terjaga di waktu malam.
Ini amalan TAHAJJUD kerana aura alam waktu ini kuat terhadap rohani.
Dalam beberapa mini lepas hisap rokok sebatang kita pun mengantuk dan tidur balik sehingga Subuh.
Cuma sebagai player eRepublik... kita memang TAK TIIDUR siang malam 😛