Budaya saling menghormati mencerminkan jati diri.

Day 4,762, 03:25 Published in Malaysia Malaysia by Alex Firdaus

Kita Hormat Orang. Orang Hormat Kita

Pada saya, ia sangat benar. Kita perlu belajar untuk sentiasa menghormati orang lain biar setinggi mana kedudukan kita. Semakin tinggi kedudukan kita dan semakin pula kita menghormati orang lain maka hormat yang datang kepada kita semakin banyak.
Sudah namanya manusia, rasa mahu dihormati dan diberi penghormatan tinggi pasti ada walaupun hanya sekelumit dalam hati. Kita boleh sahaja mendapatkan penghormatan secara paksa apabila kita mempunyai wang dan kuasa tetapi apabila salah satu atau kedua-duanya hilang maka lenyaplah juga rasa hormat orang kepada kita.
Hormat diri sendiri adalah kunci untuk menghormati orang lain. Apabila kita boleh mengenal pasti dan menghargai kekuatan kita dan menerima kelemahan yang ada kita, kita akan lebih mudah untuk menghormati orang lain. Ingatlah, sekiranya kita mahu orang lain menghormati kita, kita terlebih dahulu perlu menghormati orang lain.

Hormat yang Dipaksa, Takkan Kekal Lama

Rasa hormat yang datang secara paksaan tidak akan kekal lama. Ia juga merupakan rasa hormat yang tidak mempunyai roh.
Pada saya rasa hormat ini datang dalam dua bentuk;
Pertama, orang menghormati kita kerana kita perlu dihormati. Apabila kita berada di hadapannya maka kita akan dihormati. Tetapi di belakang kita boleh jadi dikeji. Apatah lagi setelah mati, terus sahaja dilupai.
Rasa hormat yang kedua pula datang sebab saling menghormati antara satu sama lain.
Justeru, jika kita mahu dihormati sememangnya kita perlu menghormati. Langkah awal untuk menghormati ialah menyayangi. Kita perlu ada banyak rasa kasih dan sayang dalam diri untuk dialirkan keluar agar dirasai oleh orang sekeliling kita.

Hukum Alam

Mereka sentiasa akan sakit hati dan kecewa apabila rasa hormat tidak diberi. Tetapi mereka lupa hukum alam yang sering diceritakan oleh orang bijak bestari, memberi sebelum diberi. Orang yang disayangi akan dihormati dan penghormatan yang diberi itu tidak akan diungkit.
Namun mereka yang hanya mahu dihormati akan dihormati ketika mereka tegap berdiri. Tetapi apabila mereka sudah layu tidak mampu menguasai maka hilanglah hormat timbullah benci. Semoga kita sentiasa menghormati, tidak menyakiti jauh sekali mengkhianati.


We Respect People. People Respect Us

From my point of view, it is very true. We need to learn to always respect others no matter how high our position. The higher our position and the more we respect others the more respect that comes to us.
As human being, the desire to be respected and be given high self-esteem must be there even if only a small though in the heart. We can either earn respect when we have money and power but then it sure will disappear once you don’t have it.
Self-respect is the key to respecting others. When we can identify and appreciate our strengths and accept our weaknesses, we will find it easier to respect others. Remember, if we want others to respect us, we must first respect others.

Despotism Will Not Last Long

The respect that comes by force will not last long. It is also a reverence that has no spirit.
To me this respect comes in two forms;
First, people respect us because we need to be respected. When we are in front of him then we will be respected. But behind us, they can be despised. Once death, it will immediately forgotten.
The second respect comes because of mutual respect for each other.

Self-respect is the key to respecting others. When we can identify and appreciate our strengths and accept our weaknesses, we will find it easier to respect others. Remember, if we want others to respect us, we must first respect others.



Cherio 73's 88's
Niner Whiskey Two Alpha Lima Xray.