[vMoD] Takkan Melayu Hilang di Dunia...Pastikan eMy Kembali di eRep...

Day 2,161, 16:21 Published in Malaysia South Korea by Panglima Melayu


Kepulauan Melayu semakin hilang tapaknya di dunia eRep ini. Hilangnya sebuah negara yang digelar eMy yang dulu pernah gah sebelum dilanda kemelut dalaman dan luaran. Dan kini kepulauan eIndo pula makin hilang tapaknya setelah ditawan oleh kuasa-kuasa asing. Satu persatu wilayah eIndo hilang ke tangan kuasa asing.



Ayuh bangkitlah wahai perwira-perwira untuk mengembalikan kuasa dan menegakkan kembali sebuah kerajaan yang digelar eMy. Marilah kita tidak kira bangsa, keturunan, agama, politik demi meneruskan gagasan yang dibawakan oleh pihak kerajaan semasa untuk membebaskan wilayah kita.

Walaupun perjalanan kita masih jauh, matlamat kita jelas iaitu mengurangkan perisai ePak sebanyak dan secepat yang mungkin. Di samping itu jangan lupa untuk membantu pakatan kita iaitu eFili untuk bersama-sama menuju matlamat ini. Jangan takut dan gusar, kini kerajaan kita turut mendapat sokongan daripada pihak-pihak tertentu yang turut menginginkan ePak hilang kuasanya.

Laporan terkini rantaian perang dari Presiden



Barangsiapa yang memerlukan bekalan senjata dan makanan, silalah maklumkan kepada kami walau apa cara yang anda gunakan. Kami akan cuba membantu setakat yang mampu.

MoD - Wonkhjon
vMoD – Panglima Melayu