[GEKKO] Dunia Dalam Konflik

Day 1,123, 08:45 Published in Malaysia Malaysia by GekkoMoria

Peperangan yang tercetus dibeberapa bahagian dunia yang melibatkan pihak bersekutu dan berikat (EDN vs PH😵 terus rancak dan bertambah sengit. Konflik antara musuh tradisi seperti Romania-Hungary, Croatia-Serbia, Sepanyol-Perancis, Greece-Turki, dsb masih berlarutan. Disini dirangkumkan beberapa peperangan utama yang berlaku.

Romania vs Hungary
Beberapa hari lalu, tentera Hungary berjaya menawan 2 wilayah Romania yang kaya dengan rusa iaitu Bucovina dan Maramures. Ketika sedang menikmati keenakkan satay rusa di romania, mereka dikejutkan dengan counter-attack dari tentera Rom yang menggunakan taktik perang gerilla (RW) untuk merampas kembali wilayah yang ditawan. Setelah berjaya membebaskan wilayah tersebut, tentera Rom kini sedang meraikan pula kejayaan mereka mempertahankan wilayah Moldova yang telah diserang sejak malam semalam.



Serbia vs Croatia
Berita terbaru yg diterima dari rantau balkan melaporkan bahawa Serbia telah berjaya dalam kempennya untuk menggugat negara besar EDEN iaitu Croatia dimana Croatia telah kalah teruk dalam beberapa serangan berturut-turut keatas wilayahnya hingga terpaksa berundur dan melepaskan wilayah Lika and Gorski Kotar dan Selatan Dalmatia kepada Serbia. Kejayaan ini dilihat mampu meningkatkan kembali motivasi tentera Serbia sejak mereka dihalau dari rantau Asia Tenggara beberapa bulan dahulu. Buat masa sekarang, tiada serangan baru yang tercetus antara kedua-dua pihak.



Spain vs France
Serangan hebat kini sedang tercetus di wilayah Aragon, dimana tentera Sepanyol sedang bermati-matian mempertahankan region asal mereka. Kedudukan terkini memberi sedikit kelebihan kepada Sepanyol, namun segalanya boleh berubah sekelip mata kerana Perancis mempunyai allies yg lebih byk dari Sepanyol. Dalam peperangan sengit sebelum ini, kedua-dua negara berjaya mempertahankan wilayah masing2 dimana serangan Spain ke atas region Aquitaine (France) dan serangan Perancis di region Navarra (Spain) hanya menemui jalan buntu.



Singapura vs Malaysia
Negara kecil Singapura telah bertindak berani dengan menyatakan secara terbuka Malaysia sbg musuh aslinya (natural enemy). Sebaik perisytiharan perang dibuat oleh Presiden Singapura, tentera Singapura terus menyusup ke wilayah Johor Bahru dan kini telah menguasai hampir 60% kawasan Semenanjung Malaysia tanpa melibatkan tentera asing di kedua-dua belah pihak. Ini adalah kali pertama negara dgn populasi 310 org penduduk itu bertindak ofensive keatas negara jiran dan diharapkan populasi kedua-dua negara akn bertambah berikutan konflik terbaru ini



lain-lain
1. Australia (RW) - Indonesia
2. Japan (RW) - South Korea
3. India (RW) - China
4. Thai (RW) - Pakistan

*sekadar gambar hiasan 😛
**read with your own 'e'

ah, dont forget to VOTE N SUB!
thanks