[eUM] SISTEM FEUDAL

Day 4,511, 11:23 Published in Malaysia Malaysia by Amli Nujhan


Pada zaman dahulu kala, masyarakat petani hidup mengambil manafaat dari kemakmuran sumber alam; dan menjalankan perniagaan dalam suasana perkongsian adil. Tetapi kemudiannya mereka sering diancam oleh gerombolan perompak-perompak dan lanun yang menjarah hasil.

Kumpulan-kumpulan perompak ini banyak, dan mereka bersaing sesama mereka pula tentang perebutan daerah dan kawasan. FEUD.
Ada geng bendera biru, ada kuning, warna merah,.... panji tengkorak kering macam-macam lah.

Sering terjadi rompakan besar-besaran terutama setiap kali selepas musim menuai.
Kemusnahannya besar... rumah terbakar, sawah ladang musnah, anak-bini kena punggah.
Ini merugikan. Susah untuk masyarakat itu bangun semula.

Lalu ada genius seorang dalam ramai-ramai perompak ni...
Dia ni alim sikit... Dia faham sosio ekonomi.
Lalu dia suggest kepada boss satu idea.

Iaitu kita tidak perlu memusnahkan sumber kekayaan dalam rompakan.
Sebaliknya kita tawarkan perlindungan secara baik kepada kaum petani itu dari serangan geng-geng lanun yang lain...
Geng-geng lain tu jahat; tapi kita ni baik....

Di samping itu kita offer kepada kaum lelaki untuk join geng kita, ... supaya kita lagi ramai dan kuat.



Untuk skim perlindungan tu kita adakan kutipan yuran.

Yuran itu yang kita namakan sebagai CUKAI.
Kita panggil kumpulan kita sebagai KERAJAAN.




Yang Melanun,


Laksamana TLDM