[eUM] POLITIK dan KENEGARAAN

Day 4,503, 11:17 Published in Malaysia Malaysia by Amli Nujhan


Ilmu politik ialah satu aspek fardhu 'ain yang terabai.
Alamak !... Kenapa ustaz tak ajar hal ni?
Kerana malangnya ustaz-ustaz pun jahil tentang ilmu kompleks ini.

Ini kerana di zaman lampau, ilmu bersabit ini hanya didalami oleh warga istana dan kaum pembesar sahaja.
Cuba cari kitab 'Sulwan al-Muta' karangan Ibn Zafar as-Siqili... seorang perdana menteri dan penasihat kerajaan Islam Sicilian; versi Inggeris diberi judul 'The Just Prince: A Manual of Leadership'. Aku tak ingat aku beli kat Amazon atau kat mana dulu.... Ia digelar "The Just Prince' kerana dibandingkan sebagai jauh lebih baik dan adil dari buku 'The Prince' karangan Machiavelli.
Penyampaiannya banyak dalam bentuk story telling kisah-kisah pendek ala hikayat 1001 malam... Nice.

Politik atau siasah ialah perkara2 teknikal dan taktikal bagaimana mengelolakan orang ramai... ie. RAKYAT.

Bagi orang awam yang tidak faham politik, mereka anggap bahawa politik itu umpama main Dam Haji... Nak maju ke depan kena makan orang lain; bila dah dapat naik haji, maka dapat jadi taiko bermaharaja lela gerak ikut suka. Orang yg jadi penonton pun boleh bising-bising jadi 'golok' mengapi-api kan pemain.
Sebenarnya politik paling tepat digambarkan sebagai permainan catur/chess... Sejak dahulukala pun ia permainan istana, aristokrat dan intelek... Hang Kebun tak reti main chess.
Ia melibatkan strategi pertahanan dan serangan, penguasaan kawasan, helah untuk mencapai objektif etc.
KERAHSIAN itu penting... bersuara hanya bila kata, "CHECK !"



KENEGARAAN (STATESMANSHP)

Iaitu sistem pentadbiran yang berdasarkan perundangan.
Tahu hak dan limitation setiap individu.... Bishop jalan bagaimana, castle peranan apa, protokol Queen bagaimana...
Bagi orang yg lebih faham tata cara, tahu berlakunya gerakan istimewa seperti castling dan en-passant... Player yang lebih advance mungkin tahu taktik untuk mencapai perpetual check.

Serupalah dalam game eRepublik ini.
Mengetahui serta memahami modul dan mekanisme game ini adalah kompleks.

Bukan lah hero politik itu sekadar hebat mengapi-apikan sentimen kebencian; berdasarkan kiasu kepuakan dan kepartian sempit.
Kemudian dengan beralasan idealisme atau patriotisme palsu; yang mana orang yang melaung-laung propaganda itu sendiri tidak pernah faham aspek KENEGARAAN.


So, what's your true love actually?
Is it for the STATE?
Is it for the COUNTRY?
Is it for the NATION?

Serupa... tetapi tidak sama.



Yang Amat Berkhidmat,


Sahibus Samahah Mufti Peninsular


glossary: Sahibus Samahah tu sebenarnya bermaksud 'Yang memiliki sifat toleransi'... bukan megah pun.