[eUM] HAK dan KUASA

Day 4,514, 21:40 Published in Malaysia Malaysia by Amli Nujhan


Bismillahi Haqqi, Ya Dzul Jalali wal Ikram
Bahawa Dia lah Maha Haq; Kekuasan dan KemulianNya meliputi segala di langit dan dibumi.
Maka hamba pacal hina dengan ini menuturkan…



KUASA
Syahadan, Allah Malikul Mulk (Raja segala raja) memperturunkan hak berkuasa kepada Ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong… Apabila mana baginda menyanggupi dalam sumpah ikrar watikah perlantikan baginda sebagai ketua negara ini.

Dalam erti kata sebenar dan sepatutnya, bahawa secara teknikal gelaran itu
“Yang di Pertuan Agong” itu sebenarnya ialah merujuk Allah Azza Wa Jalla sendiri … (sabar-sabar…)
Dan baginda raja yang dipilih itu merupakan hanya DULI, iaitu daki yang melekat pada bunga selipar(paduka) Allah Yang Maha Mulia. (Fahamkan ini konteks mutasyabihat… perumpamaan)
Sedangkan kita semua hamba rakyat jelata duduk menjunjung ‘Ke bawah’ lagi dari Duli Tuanku tersebut.
(Amaran: jangan main2 jatuhkan hukum syirik kat sini jika tak reti)

Dengan Islam yang menjadi syarat sebagai Agama Rasmi negara ini; bahawa hanya Islam saja boleh melantik seorang Ketua Negara…. Berlandaskan sistem Raja Berpelembagaan.

Dengan kuasa yang ada pada Duli YDPA, baginda pun melaksanakan KUASA LANTIKAN terhadap seorang PERDANA MENTERI (@CP)… bagi mengepalai urus tadbir negara. Ini bagaimana proses kuasa eksekutif diperturunkan dari Duli YDPA kepada PM.

Lalu PM pun berHAK untuk memilih dari kalangan rakyat yang lain (wakil-wakil) untuk membarisi Jemaah Menteri Kabinet… Dengan perkenan Duli YDPA.
Kemudian di bawah kementerian-kementerian dipecahkan pula penurunan (EMPOWERMENT) kuasa-kuasa mengikut kadar jabatan masing-masing... Bagi menjalankan ‘URUSAN SERI PADUKA BAGINDA’

Suka atau tak suka, kita wajib terima saja lah siapa yg dilantik untuk urus tadbir hidup kita itu.
Ultimately, sekecil-kecil jawatan dalam kerangka penjawat awam kerajaan datang dari surat lantikan ‘URUSAN SERI PADUKA BAGINDA. Lantikan sebegitu sahaja yang sah.

Bersabit kedudukan kita rakyat jelata ini… sekelumit kuasa dan hak diperturunkan untuk memilih wakil-wakil ketika Pilihanraya. Selaras dengan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Ketika itu sahaja ada kuasa. Nak guna kuasa itu atau tidak, terpulang… anda berhak buat pilihan.

HAK
Hak itu ada pada setiap individu, setiap lapisan masyarakat… Hak masing-masing tidak sama. Polis ada hak dan kuasa nak tangkap kau, tapi kau tak ada hak nak tangkap polis … hehe. Kau ada hak untuk diam saja kalau tak nak kata apa-apa bila ditangkap. Itu yg lebih baik… panggil peguam bijak je tolong cakap.

Hak itu ialah perkara-perkara yang dibenarkan… Kita ada hak untuk lantik wakil rakyat… Kemudian hak rakyat itu diserahkan kepada wakil-wakil rakyat untuk mereka pergunakan mengikut budi bicara mereka (ketika ini hak sudah berpindah milik, jika kena scam jangan menyesal)…. Dengan hak itu kumpulan wakil-wakil ini berhak pula memilih seorang PM
PM yang dipilih itu perlu mendapat perkenan ke bawah Duli YDPA untuk diLANTIK.

Top-Down ; Bottom-Up



Kalau rasa kompleks sangat korang nak cerna…
Kita kecilkan konteks HAK, KUASA dan KEMULIAAN itu pada batasan yang korang mampu fikir.
Iaitu institusi keluarga korang.
Dinamika hukumnya tetap sama sahaja.

Ada Bapak sebagai ketua keluarga,
Ada Emak yang urus rumah-tangga…
(Dengan syarat, hak dan kuasa itu menjadi sah hanya jika mereka berkahwin dulu lah)…
Kemudian dibawah institusi keluarga ni ada Abang Long, Abang Ngah, Kak Cik dan Usu…
Congak-congak sendiri lah siapa yg diizinkan berkuasa… Juga hak-hak yang masing-masing perlu hormati.
Maka, jika diperlakukan dengan betul, kemuliaan keluarga itu terjaga serta saling hormat-menghormati.
Saling percaya mempercayai.
Sebatas mana kah hak masing-masing itu.. renung-renungkan…

Anak ada hak kalau nak mintak ayah kawin lain … haha… (mak mati, nak buat macam mana.)
Tapi kalau anak tak bersetuju dengan keputusan bapa, anak sekali-kali tiada hak dan tiada kuasa untuk tidak mengaku itu ayahnya.
Tarik muka masam pun tak boleh… DERHAKA tu.

Ayuhlah kita hidup dalam harmonis, hormat menghormati serta saling memuliakan.



Ampun Tuanku.


Pacal hina,


Pemegang Mohor Besar Raja-raja eMalaysia