[eMY] Musim Panas 101

Day 4,624, 07:13 Published in Malaysia Malaysia by Nerzhu1


oh em geee lamanya tak pakai header ni xD

Hai semua,

Rasanya semua dah tahu yang eRepublik sekarang ada Acara Musim Panas (Hot Summer Event bak kata orang putih).
Acara ini akan berlarutan selama 2 bulan untuk makluman. Jadi ada apa yang anda perlu tahu?

Kenapa sekarang baru nak buat artikel? Sebab ada yang 'missing in action' dalam perbincangan telegram.
me /slap mhifzan


Pertama sekali, anda wajib letak 'skill point' pada terrain dan ada 14 terrain keseluruhannya.
Berikut adalah contoh rujukan, nanti saya bincangkan balik tentang ini:



Ini salah satu contoh, untuk letak skill point, pilih satu terrain dan gerakkan slider atau taip jumlah point yang anda ingin letakkan pada terrain tersebut.

Sempena Acara Musim Panas ini, setiap kempen perang akan ada 3 medan pertempuran untuk setiap Division.
Maksudnya, dalam satu pusingan pertempuran, akan ada 15 medan aktif secara serentak:
3 untuk Division 1
3 untuk Division 2
3 untuk Division 3
3 untuk Division 4
3 untuk Air Battle


Untuk bahagian pertempuran darat (ground battle):




Setiap 3 medan pertempuran akan ada 'Standard', iaitu pertempuran seperti yang sebelum Acara ini bermula, dan 2 terrain yang berbeza.
Terrain ini ditentukan oleh Presiden Negara, Menteri Pertahanan, dan Menteri Luar Negara.
Terrain akan bertukar setiap pusingan pertempuran, dan akan berulang semula pada pusingan ke 8 dan ke atas.

Erti kata pendek: (R-pusingan pertempuran)
R1-Mountain,Beach
R2-Jungle,Forest
R3-Airport,Industrial
R4-Hills,Urban
R5-Wasteland,Desert
R6-Mud,Plain
R7-Suburbs,Swamp
R8 dan ke atas-ulang semula dari R1 hingga R7

Bagaimana nak bertempur dalam Terrain?
Pertempuran dalam Terrain ini hanya boleh guna 'Deployment Mode' seperti gambar rajah dibawah:


Kalau anda tekan Fight tanpa guna Deployment Mode, ia akan halang anda dari serang dan suruh anda tukar mode.
Selepas anda tukar mode, anda boleh letak berapa banyak tenaga anda ingin gunakan untuk bertempur serta boleh pilih nak gunakan senjata atau tidak.
Tekan butang 'Deploy' untuk mulakan serangan.



Untuk pertempuran udara (air battle):



Kalau sebelum acara ini, air battle selalu ada pada setiap 4 pusingan pertempuran.
Sekarang ada 3 medan udara aktif serentak, tapi Gold untuk SH dikurangkan jadi 8 Gold dan point menang jadi 6.


Untuk makluman juga, syarat menang satu pusingan ialah menang 2/3 dari setiap medan Division seperti contoh berikut:



Jadi kembali ke topik skill point, jumlah point adalah bergantung pada jumlah 'Strength' anda.
Terdapat beza pendapat mengenai berapa banyak point anda harus letak pada setiap terrain.
Semakin tinggi point diletak pada terrain itu, semakin tinggi impak serangan anda.
Namun jika fokus pada 1-2 terrain, maka anda hanya boleh beri impak serangan yang tinggi pada pusingan pertempuran tertentu sahaja.

Seperti dimaklumkan di segmen pertempuran darat tadi, setiap pusingan pertempuran akan ada berbeza terrain.
Jika anda ingin memastikan anda mampu beri impak pada setiap pusingan, seeloknya seimbangkan point pada setiap terrain.
Alternatif lain, terutamanya untuk Division 1 dan 2, anda boleh guna Bazooka kerana impak serangan adalah sama iaitu 10,000 impak setiap serangan.


Peringatan juga kepada semua, pihak lawan semasa sesi Perang Latihan ini peminat besar dengan 'Small Bomb' (1,500,000 impak setiap serangan) dan 'Big Bomb' (5,000,000 impak setiap serangan) terutamanya di Division 1,2,3.
Jadi bila berdepan situasi ini, mohon tenang dan serang untuk jaga BH anda.
Seeloknya jangan berebut dan #pmtepi jika ingin ambil BH.


- Nerzhu1 -

#justapassingthroughkamenrider