[eMY] Ekonomi 101

Day 4,567, 00:52 Published in Malaysia Malaysia by Nerzhu1


Ekonomi.
Bab yang menarik dalam permainan eRepublik ini.
Dimana anda boleh menjana wang dari hasil jual beli dari sumber yang halal. (atau haram)

Terdapat beberapa arah tuju asas untuk mula menjana wang ini.
Jadi anda harus tentukan sama ada anda ingin menjadi berniaga apa dalam ekonomi ini, sama ada untuk jadi:

1. Pembekal Makanan
- Pulangan untung rendah dalam jangka pendek, tapi boleh jana keuntungan stabil dalam jangka panjang
- Kualiti makanan yang digalakkan ialah Q1 atau Q2
- Kos yang tidak membebankan kerana harga bahan mentah untuk makanan boleh didapati pada harga murah
- Anda boleh kerja sebagai majikan.
- *Jika ingin menambahkan hasil makanan, anda boleh mengambil pekerja
- Anda juga boleh simpan untuk stok sendiri juga tanpa perlu pergi beli di pasaran

2. Pembekal Senjata
- Pulangan untung tertakluk pada kualiti senjata; dimana semakin tinggi kualiti, semakin tinggi pulangan untung
- Ia juga tertakluk pada harga pasaran dunia
- Kualiti senjata yang digalakkan ialah Q1, Q2, atau **Q7
- Kos juga akan meningkat bila anda menghasilkan kualiti senjata yang tinggi
- Anda boleh kerja sebagai majikan.
- *Jika ingin menambahkan hasil senjata, anda boleh mengambil pekerja
- Anda juga boleh simpan untuk stok sendiri juga tanpa perlu pergi beli di pasaran

3. *Pembekal Rumah
- Pulangan untung tertakluk pada harga pasaran,
- Ia juga tertakluk sepenuhnya pada produktiviti pekerja
- Kualiti rumah yang digalakkan ialah Q1
- Anda tidak boleh kerja sebagai majikan

4. *Pembekal Senjata Udara
- Pulangan untung tertakluk pada harga pasaran
- Ia juga tertakluk sepenuhnya pada produktiviti pekerja (
- Anda tidak boleh kerja sebagai majikan

5. Pembekal Bahan Mentah
- Pulangan tertakluk pada jenis bahan mentah yang dihasilkan:
- Bahan Mentah Makanan - tidak menguntungkan
- Bahan Mentah Senjata - keuntungan tertakluk pada harga pasaran
- *Bahan Mentah Rumah/Senjata Udara - keuntungan tertakluk pada harga pasaran

Nota:
* - tidak digalakkan jika anda tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk tampung kos pekerja
** - semakin tinggi kualiti, semakin tinggi kos diperlukan, pastikan anda mempunyai modal yang mencukupi

Dalam eRepublik ini, anda boleh jadi lebih pada satu peranan.
Tak semestinya anda harus kekal menjadi pembekal makanan sahaja.

Strategi amat diperlukan sebelum memulakan perniagaan anda, dimana pandangan anda harus ke arah jangka lama dan bukannya ingin mencari untung pada jangka pendek.
Komitmen dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan jika anda ingin mencari keuntungan.
Tiada jalan pintas untuk berjaya dalam kehidupan, sama juga dalam permainan ini. (kecuali melalui jalan yang haram)
Jadi, adakah anda berminat untuk mengetahui lebih tentang ekonomi eRepublik?

Jika ya, kami boleh sediakan bantuan dan cara untuk memulakan perniagaan anda dalam eRepublik ini.


Jika tidak, tidak mengapa kerana tiada paksaan dalam permainan ini.

Agak-agak layak tak artikel ini untuk Anugerah Nilam?

- Nerzhu1 -

#justapassingthroughkamenrider