[eMY] CP lagi, kali kesebelas

Day 4,766, 02:50 Published in Malaysia Malaysia by Nerzhu1


Melaporkan diri untuk kali yang ke-sebelas,

Disember, kini kita berada di penghujung bulan untuk tahun 2020.
Tahun ini untuk eMalaysia merupakan tahun yang penting, kerana ramai yang telah eDead kembali semula. terima kasih kepada pkp :3

Dulu, eMalaysia kehilangan hampir semua resource untuk menjana ekonominya.
Kini, eMalaysia mempunyai jumlah resource yang mampu merancakkan ekonominya.

Terima kasih diucapkan kepada semua rakyat eMalaysia serta rakan-rakan dari luar negara. o7

Jadi, dimanakan hala tuju kita seterusnya?
Adakah kita bersedia mengharungi tahun 2021?

Mengenai status Perang Latihan sedia ada:

Ingin saya maklumkan bahawa pertukaran kawasan sedang berlaku dimana ePoland akan bertukar lokasi dari Peninsular Malaysia ke Sabah.
Ini kerana kadar determination telah mencapai tahap tinggi di kawasan tersebut, Peninsular Malaysia juga akan dikembalikan semula kepada eMalaysia.

Turut dimaklumkan bahawa eMalaysia akan menamatkan sesi Perang Latihan bersama eIndonesia buat masa ini.
Ia akan disambung semula jika ada permintaan baru dan persetujuan dari kedua-dua pihak.

Kepada yang baru sertai permainan ini, selamat datang ke eMalaysia.
Kepada yang baru kembali ke permainan ini, selamat kembali ke eMalaysia.

Jika ingin tahu langkah-langkah bermain, boleh rujuk pada pautan berikut: eMY Tutorial
Pastikan anda tukar nama serta letak gambar profile/avatar.
Boleh dicari melalui klik avatar -> profile page -> edit profile -> account setting.
Anda juga harus tahu tentang kata-kata singkatan dalam eRepublik juga melalui pautan berikut: Kata-kata Singkatan

Jika anda menghadapi kesukaran atau masalah dalam permainan ini, sila hubungi berikut:
Amli Nujhan - Biro Pendidikan
Awang - Setiausaha Negara
Nerzhu1 - Presiden

Jangan lupa juga untuk sertai Unit Ketenteraan Rasmi: eRegimen Renjer

Kami ada disini untuk membantu anda, usah segan dan malu untuk cari kami ya. o/
Telegram Rasmi: eRepublik eMalaysia

Rujukan:
Mesej Kepada Pemain Baru Hari 4,532
Ekonomi 101
Residence and Holding Company


#togetherforvictory
#dlcedition

- Nerzhu1 -

#justapassingthroughkamenrider