Rambang #2
Nerzhu1
Sambungan dari siri rambang minggu lepas.
Tapi sebelum tu...
Haa, boek tak? xD
Jadi, dimanakah terletaknya nilai seorang manusia?
Mengapa kita kadang-kadang suka untuk menilai orang lain?
Dulu-dulu, atau 11 tahun yang lalu, diri ini selalunya beri penilaian yang buruk terhadap orang lain. Terutamanya dengan rakan sendiri juga dulu, melihat mereka berfoya-foya, ponteng kelas, melepak sana sini, tiru dalam peperiksaan, dan banyak lagi.
Kadang-kadang terfikir kenapa mereka nak juga ada di universiti jika perangai mereka macam ini? Mengapa susahkan orang tua hanya untuk tidak bersungguh-sungguh untuk buktikan pada mereka dan berjaya dalam hidup?
Dan 11 tahun kemudian? Bila diimbau kembali, setiap seseorang manusia ada sebab mereka tersendiri mengapa mereka berbuat demikian. Kalaulah diri ini buang ego itu dari awal lagi. Namun hakikatnya bila dah sedar, 'nasi sudah menjadi bubur'.
Maka dengan ini, kita akan bersambung dalam siri rambang seterusnya.
🙂
Comments
penuh dngn kata2 pujangga..terbaikkkk
waktu bulan puasa, bubur lambuk orang tak menang tangan makan.
bubur pun bedal ja time2 perintah kawalan pergerakan ni..nak kluar malas,xberani,seriau..jadi bedal ja apa yg masih ada 😜
Kemampuan menilai yang mana baik atau buruk; benar atau salah itu ialah suatu kewajiban bagi seorang manusia yang taklif baginya kebijaksanaan... Cuma menghukum itu yang terlarang; samada dengan kata-kata atau tindakan... Unless kita diberi mandat kuasa untuk menjalankan hukum.
Menilai dan penilaian seseorang tu subjektif. Setiap orang ada pendapat dan pandangan yg berbeza.
You cant lead what you cant judge, so pendapat saya kita kena able to nilai and from penilaian kita boleh rumus strategy to move forward