Salam Merdeka Dari Malaysia!!!

Day 1,001, 20:36 Published in Indonesia Malaysia by Noveras


Salam kepada semua saudara-saudara ku dari seberang.
Yang pertama sekali aku ingin memohon maaf kerana artikel ini terlewat sehari di sebabkan di siang harinya kuliah-kuliah ku yang seperti tiada penamatnya dan di malamnya aku menghabiskan masa untuk beribadat di bulan yang mulia ini jadi mohon maaf ya 😁



Yang kedua aku ingin mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan Republik Indonesia yang ke 65!!!Semoga negara Indonesia terus mencapai kemajuaan dan keharmonian yang pesat.Sekarang aku ingin menegahkan isu permusahan di antara kedua negara kita,Indonesia dan Malaysia yang di teruskan walaupun di eRepublik.

Jika ada sahaja isu-isu hangat di antara ke dua negara kita pasti ia akan di bawa ke dalam eRepublik bagi menjadi isu-isu propaganda untuk mendapat baby boom tidak kira sama ada di pihak Indonesia mahupun di pihak Malaysia.Jadi timbul satu persoalan yang bermain di dalam minda ku, adakah semangat nasionilisma mengatasi semangat Ukhuwah Islamiyah(Persaudaraan Sesama Islam) di antara kita?



Di Indonesia populasi penduduk agama Islamnya adalah 88.22 %(bancian 2000) dan di Malaysia populasi penduduk agama Islamnya adalah 60.4%(bancian 2000) jadi sudah pastinya pemain-pemain dari kedua negara kita mempunyai pemain yang beragama Islam yang banyak. Di sini timbul satu lagi persoalan, adakah di sebabkan ini sebuah game kita perlu melupakan agama RL kita sekali gus menggadaikan persaudaraan Islam sesama kita?

Sudah pasti semua di antara kita pasti mempunyai perasaan tidak puas hati sesama kita dan cuba mengadakan provikasi dengan propaganda-propaganda yang nilainya tidak ubah seperti habuk yang kotor dan mengganggu kententeraman tetapi seperti yang aku sebutkan tadi adakah semangat nasionalisma kepada negara adalah lebih penting daripada semangat Ukhuwah Islamiyah jesteru kita perlu mencaci dan membunuh sesama kita?Jadi saudara-saudara ku di negara Indonesia yang bertuah renung-renungkanlah apa yang aku pertengahkan dan sekali lagi selamat menyambut ulang tahun kebebasan mu dari penjajah durjana!!!



Yang Benar,

Noveras "The Patriot"

P.S : !!!SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI!!!