Pilihanraya Presiden lagi! Satu perutusan dari Perdana Menteri

Day 678, 20:18 Published in Malaysia Malaysia by Badlands17

Terima kasih Carr De Vaux!

Hi semua! Saya ingin mengumumkan hasrat saya untuk bertanding jawatan Perdana Menteri eFRoSEA sekali lagi. Kalau berjaya, inilah kali terahkir saya bertanding. Mari kita lihat apa yang saya telah menjanjikan pada pilihanraya sebelum ini.

1. Lebih banyak pewakilan parti kecil dan eThai di pentadbiran saya.
Berjaya. Cabinet saya mempunyai sekurang-kurang seorang ahli parti minority dan seorang rakyat e-Thai. Pemlibatan politik parti-parti kecil turut berkembang di bawah petadbiran saya.

2. Membina sebuah hospital Q1 di kawasan e-Thai jika itu hasrat majority.
Berjaya. Hospital Q5 kini dalam pembinaan dan dijangka siap dalam masa terdekat.

3. Mendengar dan menganilasasi segala cadangan dari rakyat eFRoSEA.
Berjaya. Saya membaca and menjawab hampir semua cadangan, suara dan mail dari rakyat-rakyat FRoSEA. Hanya beberapa kali sahaja, yang saya gagal menjawab dalam masa yang terdekat.

4. Membantu Gustavius, Menteri Pertahanan kita, dalam membina dan membiayai Tentera eFRoSEA.
Berjaya. Walaupun, akhirnya Vikta yang menguruskan pertubuhan Tentera Darat Malaysia (TDM), kita kini mempunyai sepasukan tentera, di mana bila saya membuat janji ini penggal lepas kita tidak.

5. Memupuk sebuah economi laissez-faire (ekonomi bebas ala Adam Smith) di mana kerajaan hanya masuk campur jikalau perlu.
Berjaya. Ekonomi kita makin pesat dan makin kukuh sepanjang penggal presidensi saya.

6. Kekalkan Nagyzee sebagai Menteri Kewangan.
Berjaya. Harap-harap Nagyzee akan dapat terus menyumbang kepada negara ini selama yang mungkin.

Kamu tidak akan silap jika memilih seorang calon yang berjaya memenuhi segala janji-janji pilihanraya dia (yang pertama kali lagi tu!). I telah menunjukan yang, jika saya menjanjikan sesuatu, saya pasti akan menjayakan janji tersebut. Undi lah Badlands17 untuk pembangunan yang berterusan!