Pilihanraya Kongress - Undilah CDV

Day 674, 21:09 Published in Malaysia New Zealand by Carr De Vaux

Memandang tak ramai yang fasih berbahasa Melayu kat FRoSEA - aku merasakan yang kita kekurangan sedikit jiwa dan semangat kebangsaan Melaysia/Thai. Untuk rakan-rakan saya dari Malaysia - Undi lah saya!

Sedikit sebanyak mengenai saya:

Nama: Carr De Vaux
Asal: Kuala Lumpur, Semenanjung Malaysia
Kerja: Laki Oil - kuli batak syarikat minyak.
Lahir: Hari 650 (aku bayi lagi).

Parti Politik: DAP - ini bukan DAP lim kit siang..tetapi DAP untuk semua. 1Malaysia lah kan?
Akhbar: Chronicles of Democracy - Viva (CDV).

Platform politik:

1. Ekonomi: Aku rasa masing-masing pun puas hati dengan pemerintahan DAP selama ni. Ekonomi kita berkembang pesat dan gaji pun tinggi - semua pun happi (gembira).

2. Social: Kita patut berinteraksi lebih banyak - baik melalui forum atau pun email. pemimpin kita kena aktif lah sikit, terutamanya dengan budak budak baru macam aku.

3. Ketenteraan: Saya baru je join TDM. Tak tau banyak pasal organisasi ketenteraan FRoSeA. Tetapi, kalau perlu, kita mesti ader reserve (simpanan) duit dan senjata untuk mempertahankan negara kita. Ganyang semua!

Pendek kata - Untuk mu, untuk ku, Undilah CDV.

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah, tolong tunjukkan.