PENGUNDURAN AHLI KONGRESS
OPMM Wingman
sejak beberapa hari ini, ahli kongress semakin ramai yang menarik diri. Kesemua ahli kongress yang menarik diri itu adalah dari pihak PTO. Saya rasa semacam hairan dengan kegemparan dan perletakkan jawatan ahli kongress secara beramai ramai oleh pihak PTO.
Persoalan yang ingin saya bangkitkan disini adalah
1. Adakah pengunduran mereka adalah atas rasa kekalahan menjatuhkan eMalaysia?
2. Adakah perletakkan jawatan mereka adalah satu permainan politik?
3. adakah mereka mempunyai agenda sendiri selepas ini?
Dua minggu lagi adalah hari pilihanraya kongres. saya berharap agar sejarah hitam ini tidak berulang lagi. Saya menyeru semua penduduk eMalaysia dapat mengambil iktibar atas apa yang telah berlaku pada penggal Jun 2010 ini. fikir dahulu sebelum bertindak. diharap kita dapat mengekalkan kedamaian dan kemakmuran eMalaysia walaupun sekarang kita telah berada dalam eRepublik V2.
Sila vote, subscribe dan berikan pandangan anda mengenai hal ini. Moga segala cadangan yang anda berikan akan kita sama sama nilai untuk masa depan eMalaysia hendaknya.
Sekian
Wingman Hamallee
Ahli kongres eRepublik Jun 2010
Comments
Satu persoalan yang baik, saudara Wingman.
Pendapat saya ialah mereka meletak jawatan untuk ketika ini kerana ada masalah di negara asal mereka yang memerlukan pertolongan mereka (kemungkinan besar khabar tentang serangan yang akan berlaku ke atas sekutu atau kawasan taklukan mereka di eChina). Mereka sudah menggunakan 'proposal' mereka di Kongres, dan akan kembali di pilihanraya yang akan datang (untuk jawatan ketua Parti)
Jadi bagaimana kita nak atasi masalah ini?? saya rasa, hal ini patut kita bincang sama2 walaupun bukan dengan ahli kongress. Pada hemat saya, dengan cara ini, kita dapat memberikan penerangan yang betul kepada rakyat eMalaysia agar mereka tidak termakan pujuk rayu PTO lagi. Bagaimana dengan pandangan saudara??
they just quit for sometime, after that during congress election they will come back. Cause they din withdraw their malaysian citizen. Anyway they earn something. 9000MYR and each congress 4G-5G.
they are quiting to go back to their own country to help it.They will return
jadi, macam mana kalau kita tubuhkan satu organisasi@skuad penerangan pihak kerajaan?? dari sini, kita dapat berkempen dan melebarkan sayap kita di peninsular, sabah dan sarawak. kita boleh menerangkan kepada rakyat bahawa, betapa pentingnya undi mereka supaya tidak berpihak pada PTO. ada sesiapa mempunyai cadangan lain??
Sebenarnya, masalah kurang pengetahuan berlaku kerana adanya virus Zombie. Jika rakyat aktif membaca suratkhabar, mengunjung forum, kesilapan seperti ini tidak akan berlaku.
Saya rasa salah satu sebab pemain tidak aktif adalah kelemahan dalam B. Ingerris. Sebab ini suratkhabar dan artikel dalam Bahasa Malaysia seperti suratkhabar saudara Wingman sangat diperlukan.
jika begitu, saya berbesar hati menjadi ahli kongress bahagian penerangan. jika ada apa apa bahan penting yang saudara Aleph ingin saya sampaikan, PM sahaja saya dan saya akan cuba yang terbaik. Lagi satu, bolehkah saudara mencadangkan di Congress Hall untuk mewujudkan satu badan penerangan di eMalaysia?? sebabnya saya tidak tahu cara bagaimana untuk buat proposal di forum. harap ia dapat ditubuhkan sebelum pilihanraya akan datang. saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mempertahankan eMalaysia dari ancaman anasir luar yang ingin cuba mengganggu gugat kedaulatan eMalaysia
wuahahaha..,,,,
no english, no vote 🙁
@Amer,
Just translate the entire articles with google translate. A few defect existed, but all is well.
Lol, your new name is shorter.
bro, tulis dwibahasa la len kali, ksian lak sapa2 yg x reti nak baca neh,
@amer- use google chrome as your browser, it has auto translate option form malay to english
Saya amat sokong 150% penggunaan bahasa ibunda, bahasa jiwa bangsa...
Tertubuhnya Jabatan Penerangan akan menggalakkan pemain baru seperti saya untuk sama-sama memahami keadaan politik eMalaysia, lebih-lebih lagi tentang selok belok erepublik 🙂