Ops Mercenary

Day 2,033, 23:42 Published in Malaysia Germany by HardFever

Sejak beberapa bulan yang lalu, aku bertekad untuk mengembara keseluruh dunia. Dengan misi yang agak sulit, hanya segelintir rakan perjuangan (mungkin tiada) mengetahui misi ini.

Mercenary Medal. Setiap perajurit sesebuah negara hendaklah melaksanakan pelbagai misi ke atas 50 negara bagi mendapatkan medal ini. Berjuang sebagai tentera pembebasan, pemberontak, perisik dan apa jua sekalipun. Pelbagai taktik digunakan, pelbagai senjata, bazooka dan bomb digunakan untuk matlamat ini. Perbelanjaan merupakan satu halangan.

Bukan tidak pernah aku jadi pelarian di negara orang. Berkali menjadi tukang sapu, bekerja di ladang-ladang apple (Washington, USA) dan banyak lagi. Lebih menyedihkan, saat aku melaksanakan misi ini, pelabagai rintangan dan serangan anasir-anasir jahat berlaku di negaraku eMalaysia. Sejak rejim jahat eCrotz sehingga ke peristiwa khianat si pendusta eThai, eMalaysia di gasak hebat dari semua arah. Terima kasih buat mereka yang membantu dari segi pembiayaan dana untuk aku kembali ke eMalaysia untuk berjuang bersama mereka.



Hari ini, untuk negara yang ke 49 berjaya aku sertai. Baru sahaja sebentar tadi bersama-sama rakyat ePeru menangkis anasir jahat dari luar. Malangnya, aku tidak dapat mengulas lebih lanjut misi di Peru atas sebab-sebab di bawah akta kerahsiaan negara mereka.



Sedikit sahaja lagi,
eMalaysia! Aku akan kembali....

Every lover is a soldier.
From germany with luv...

HardFever
Day 2,033
Germany, Brandenburg and Berlin