Kucar - kacir di hari pertama latihan

Day 1,926, 19:32 Published in Malaysia Thailand by soyalis


Singapore city - Latihan perang bersama telah berakhir dengan kemenangan tipis eSing kepada eMalaysia pada jam 2:50 waktu eRep hari ini. Timbalan Presiden eMalaysia, Nerzhu1 ketika mengulas telah menyatakan kekesalannya kerana kebanyakan tentera dari eMalaysia yang tidak mematuhi arahan peperangan yang hampir menyebabkan eSing tewas kepada eMalaysia.

“Seriously, no one follows government orders few hours ago. Malaysia was winning against Singapore until the final score SG-83|MY-71.” katanya.

Nerzhu1 menjelaskan bahawa beliau terpaksa mengulang arahan tersebut walaupun arahan rasmi telah pun dikeluarkan oleh presiden untuk kalah dalam latihan tersebut.



“No one listen to Gov order much these days. Wasted a lot of my time trying to repeat the same thing over and over.” kata bekas Presiden eMy itu.

Walaupun begitu, beliau mengesahkan bahawa terdapat ramai BH hunter dikesan yang juga mengakibatkan perkara ini berlaku.

Perang latihan seterusnya yang dijadualkan esok akan dijadikan operasi khas selepas Valentine Operation dan Farewell Operation memandangkan operasi khas telah dijadualkan sebelum ini untuk diadakan pada setiap hari Khamis. Untuk operasi khas ini setiap unit akan menerima bekalan makanan dan senjata dengan mendaftar diri di IRC chat #emy.supp pada jam 3:00 waktu eRep.



- eMT




Sila vote dan subscribe. Terima kasih.