Kisah Cinta Tiga

Day 1,943, 12:12 Published in Malaysia Malaysia by Leo Shinji

"Hello U, jom pergi makan? I laparrr sangat sangat sangat."

Itulah dia makwe aku di dalam satu panggilan telefon. Suaranya bagus. Badan yang letih baru bertukang membina mahligai untuk arnab peliharaanku ini terasa begitu segar apabila mendengar suaranya.

"Okey, pergilah siap. 15 minit lagi I sampai."

Aku bersiap lebih kurang. Sebagai seorang lelaki yang tegas seperti Daniel Craig, aku tidak mengenakan sebarang bahan kimia kecuali beberapa sapuan deodoran. Kalau perlu atau mempunyai masa, aku memberus gigi.

***

Kami tiba di sebuah restoran yang baik. Pencahayaannya tidak terlalu terang dan tidak juga terlalu kelam. Aku memilih sebuah meja kecil di tepi dinding yang berangin.

Seorang pelayan datang mengambil pesanan. Makwe aku memesan sepinggan nasi goreng kancil dan air strawberi. Aku pula memesan teh tarik. Pelayan itu beredar dengan wajah meyakinkan. Aku lega.

Sementara menunggu makanan dan minuman sampai, kami berbual serba-sedikit tentang kebolehan Nikola Tesla. Dia sekadar tersenyum memandang jauh ke dalam mataku yang berwarna hazel. Aku buat-buat tidak sedar dan terus bercerita.

Tidak berapa lama, makanan dan minuman yang dipesan sampai. Aku menyua nasi goreng kancil dan air strawberi ke arahnya kemudian menarik gelas teh tarik kepadaku sendiri.

Makweku mula makan, "emmm... sedap," katanya.

Aku diam membiarkan dia sambil sekali-sekala menghirup teh tarik. Kadang-kadang aku menjeling kaca televisyen yang memainkan drama pejabat serupa bangang.

Beberapa minit berlalu, kting!

Makweku meletakkan sudu dan garfu. Pinggan nasinya dialih ke tepi sedikit sambil menyedut air strawberi.

Aku tak sedap hati lantas merenung pinggannya.

"Haih, baru makan dua tiga sudu dah berhenti? Ko makan sampai habis, ko makan sampai habis! Aku lempang juga kang!

Selepas pada itu, walaupun berat untuk diputuskan, kami berpisah juga dengan cara baik dan beradat.