Kisah Cinta Dua

Day 1,940, 15:59 Published in Malaysia Malaysia by Leo Shinji

Tidak lama selepas peristiwa di rumah wan aku di kampung, aku berkenalan dengan seorang gadis yang berwajah Melayu. Matanya cantik. Percakapannya juga baik dan boleh berbahasa Inggeris.

Pada satu hari, kami pergi bersiar-siar dengan Burgatti Veyron aku. Aku memandu dan dia riang duduk di bangku sebelah di dalam air-cond yang menyamankan. Sepanjang perjalanan, kami berbual tentang ular alir iaitu sejenis ular yang boleh berenang lurus menyeberang sungai yang deras.

Nak dijadikan cerita, aku terserempak dengan member lama di bahu jalan. Secepat kilat aku menekan brek dan turun dari kereta.

"Nak ke mana panas panas begini, Amat Kiamat?"

"Aku nak pergi rumah Tok Ketua, dia suruh repair atap rumah."

"Hah naik, naik. Aku hantar."

Amat Kiamat yang berpeluh-peluh itu tidak menolak. Dia lalu membuka pintu belakang dan masuk ke dalam kereta.

Di luar kereta aku berdiri cekak pinggang. Hatiku rasa tak sedap. Aku menjenguk kepala ke dalam merenung wajah makweku.

"Ko apahal buat rilek je? Ko duduk belakang, ko duduk belakang. Kasi member aku duduk depan! Aku lempang juga kang!"

Selepas pada itu, kami berpisah cara baik dan beradat.