COVID19 : KELAHIRAN SEMULA RAKYAT eMALAYSIA?

Day 4,527, 01:59 Published in Malaysia Malaysia by Wan Muhammad Hasif


Sabah, 12 April 2020 -Dunia RL kini sedang mengalami situasi pandemik novel coronavirus yang baharu yang dikenali sebagai COVID19, yang memberi impak nyata dari sudut sosial dan ekonomi dunia. Semua negara di setiap pelosok bumi berhempas pulas mencuba pelbagai kaedah bagi mengekang penyebaran wabak ini yang merebak pada kadar yang tinggi dan kini sudah meragut ribuan nyawa.

Walau bagaimanapun, hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh pasukan penyelidik klinikal berkaitan COVID19 dari Harvard School of Health mendapati, pandemik yang sedang melanda dunia ini memberi impak yang sebaliknya terhadap dunia eRepublik yang dikenali sebagai the New World. Menurut Profesor Virologi Stephen Hookings, pandemik yang berlaku di dunia kini dilihat telah 'menghidupkan semula' citizen yang telah eDead. Beberapa pertambahan ketara citizen yang eDead bangkit semula telah direkodkan oleh pihak Kerajaan eMalaysia. Situasi yang berlaku ini juga turut membabitkan Ketua Editor kami yang baru sahaja bangkit semula bersama-sama Citizen yang lain.



Menurut hasil kajian yang dijalankan oleh institut tersebut, aktiviti-aktiviti pengawalan pergerakan serta pemuliharaan alam sekitar berikutan COVID19 telah mengakibatkan sel-sel imunisasi citizen yang eDead kembali aktif.

Dalam perkembangan lain, Ketua Editor akhbar The New Agenda mengumumkan penjenamaan semula akhbar ini dengan mengutamakan bahasa kebangsaan sebagai medium utama penyampaian maklumat akhbar.

#KitaJagaKita #StayHome #DudukRumah