Apa yang aku buat sebelum main balik (PKP)

Day 4,579, 05:28 Published in Malaysia Malaysia by Set Xan

Selepas 7 tahun meninggalkan erep, aku kembali lepas dipasak setiap jam oleh Awang masa PKP.

PKP ni menyebabkan ada banyak masa terluang dirumah. Apa nak buat kena duduk rumah la kalau nak selamat.

Nak recover balik akaun ni pun cabaran banyak, email lupa. email dah tukar baru. nak kena recover balik email lama. nasib la baik email info ada dalam phone. boleh access balik. kalau tak memang tak login la.

Bila dapat login, macam umpama balik umah lama yang telah ditinggakan. Tengok sana sini, blur.

Asalnya aku malas nak main balik sebab masa tu sebab aku baru mula tengok youtube
Antara channel yang aku tengok:

KC Champions

Best channel ni, dari awal sampai terkini aku dengar hari2. cuma belah malam aku tak dengar la. seram karang 😛

Blimey

cara dia presentation tu menarik la, ini pun aku tengok semua video dia dari awal sampai terkini

Kittisaurus

yang ini tengok hari2 pun tak boring, comel semua 😃

AY Studios

yang ini pun aku tengok sebab cara dia explore. aku lebih suka pada yang explore dari yang merepek baca serapah seru

Faizal Rozi

abis semua video dia aku tengok sebab aku suka cara dia, nampak confiden je bila masuk mana2

Abandoned World Explorer

sebelum aku tengok yang lain, aku tengok yang ni dulu, bila dia explore rumah tinggal macam frozen in time, nostalgia

Mark Felton Productions
pasal sejarah2 pun ada aku tengok, memang dari dulu aku minat sejarah

isaac osman

ni yang last sekali aku tengok. tapi tengok dia makan buat aku insaf nak makan banyak

Farhan Jamal

review jalan pun menarik juga sebab tak mungkin kita akan lalu sendiri jalan2 ni

Walaupun dah lebih dua bulan main balik, tapi hari2 masih lagi check youtube. kenapa? entah la, mungkin sebab kekadang kita akan dapat recommendation yang tak disangka2 😃