[THEPEN] Dari meja YB Kota Kinabalu

Day 981, 23:50 Published in Malaysia Malaysia by OPMM Wingman

Salam 1eMalaysia.

Terima kasih diucapkan kepada saudara semua kerana sudi membaca artikel saya pada kali ini.
Pertama kalinya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada ahli kongress baru kerana telah berjaya memenangi kerusi kongress region masing-masing. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi-pengundi saya yang telah memberi sepenuh harapan kepada saya untuk berada di dalam kongress lagi untuk penggal Julai 2010 ini.

Apa yang saya ingin perkatakan kali ini adalah berkaitan krisis eMalaysia yang sedang di PTO oleh serbia. Apa harapan saya ialah, saya mahukan semua ahli kongress mersatu hati menentang PTO yang sedang menjajah kita sekarang.
Setelah lebih kurang seminggu setelah pilihanraya kongress tamat, saya lihat sudah banyak proposal yang diusulkan oleh pihak PTO. Pada hemat saya, caranya mudah saja iaitu kita sentiasa alert dengan segala proposal yang mereka usulkan. Ringankan tangan untuk klik NO pada apa sahaja proposal mereka. Jika anda sebagai ahli kongress, rajin rajinkan lah diri untuk masuk ke forum emalaysia. Anda boleh berhubung dengan CP atau PP anda untuk sebarang pertanyaan mengenai forum emalaysia.

Nasihat kepada ahli kongress, silalah laksanakan tanggungjawab anda. Anda telah dipilih oleh rakyat. Janganlah hampakan harapan rakyat eMalaysia. Jangan tidur lagi. Saya merayu kepada semua ahli kongress. Saya sebenarnya malu apabila ada akhbar yang menyatakan bahawa AHLI KONGRESS TIDUR! ini kerana saya juga ahli kongress. Saya harap kepada yang tidur tu, bangunlah sebentar demi keamanan eMalaysia.

Oleh itu, peganglah kata-kata nasihat ini:
Dimana jua kakimu berdiri, relakan agar diri mu berupaya berkhidmat dengan sebaiknya bermula dari detik ini hingga selamanya.... 🙂


IKHLAS DARI
Wingman Hamallee
YB Kota Kinabalu
eMAlaysia