[ST]Warong kopi Aji Sameon

Day 1,037, 10:46 Published in Malaysia Malaysia by SatoshiTomiie


Salam buat semua rakyat eMalaysia tak kira dimana jua anda berada. 🙂

Saya bukanlah seorang penulis yang hebat seperti richi-si penggoda yang penuh ayat2 godaannya..hehehe..seperti Wingman-kaki bercerita, yang rasanya ingin memasuki pertandingan bercerita waktu kecil-kecilan dahulu tetapi tak berkesempatan, bukan lah seperti CDV- yang mempunyai ramai pengikut setia, tak seperti Vikta- bapa eMalaysia, Noveras-kreatif dalam cara beliau dan ramai penulis dan pelopor permainanan ini.

Sesuatu yang pasti, apa yang akan dibawakan kepada anda semua adalah hanyalah berita-berita kedai kopi dari kampung di pelusok hutan belantara di eMy, yang masih memakai internet bersistemkan 'dial-up' atau tiitttttuuttttttttt..kolokololokolokolo~~...
nie diaa..


Memang lambat berita ini, seperti zaman dahulu kala, pakai sistem asap atau persuratan yang ternyata tidak dapat menandingi Pos Malaysia..



Tetapi!

yang pasti, anda akan mendapat sesuatu yang agak konservatif, radikal dalam keseimbangan dan menekan kerana idea-idea penulis yang berusia separuh tahun jagung ini membawakan anda untuk memahami sesuatu dari pemikiran penulis itu sendiri.

Kerana?



Pembaca bukanlah seperti kata-kata Ebiet, pembaca hanya bidak-bidak catur, yang bisa dikotak-katikan, di tipu muslihat untuk mengkobarkan semangat yang salah, tetapi, PEMBACA bukanlah bidak-bidak catur yang boleh dikorbankan, juga diumpankan kerana mereka perlu melengkapkan persediaan minda, maklumat dan meneliti setiap maklumat yang diterima sebelum dipengang, bukanlah diambil bulat2.

Ya!

Pembaca sekarang lebih bijak untuk menilai.Rasanya......



Setakat ini sahaja celoteh pengenalan kepada berita-berita sensasi akan datang di warong kopi kampong ini.
Jadi, jika saudara saudari ingin memberi sokongan, dipersilalah tuan-tuan, cik-cik, makcik-makcik untuk melangan 'paper' ini dengan menekan 'button Subs' di atas sekali dan..
ingin jadikannya top news boley juga...tekan 'button Vote' setiap kali tersiarnya berita dari 'paper' ini.


Sekian dahulu dari penulis,



Owh, seperkara lagi, aku tiada emas untuk diberikan, cuma mungkin hanya bisa berikan kata-kata emas sahaja~....hehehe...