[MoE] STAY AT HOME - WORK AT HOME
Amli Nujhan
Bagaimana mungkin anda bekerja di rumah jika anda tidak mempunyai rumah?
Anda hanya gelandangan yang tinggal di bawah jambatan agaknya.
Maka anda disarankan untuk memiliki sebuah rumah mampu milik Q1.
Dengan mempunyai sebuah rumah, anda mampu mengutip mata kerja overtime; 1 mata setiap satu jam.
Apabila cukup 24 mata, maka anda layak membuat kerja overtime. Ringkasnya, anda dapat lah bekerja 2 kali sehari.
Jika gaji bersih kerja hakiki anda ialah MYR1500, maka dengan overtime anda mampu menjana MYR3000 sehari.
Harga sebuah rumah Q1 ialah sekitar MYR7000, yang bertahan untuk tempoh seminggu.
Selepas seminggu anda perlu membeli rumah yang lain serta aktifkan semula untuk mendapat faedah kerja overtime ini.
Jika dengan kiraan kasar pendapatan extra overtime tadi ialah MYR1500 sehari, maka seminggu anda bakal mendapat MYR10500.
Setelah ditolak modal membeli rumah Q1 yg berharga MYR7000... tambahan pendapatan bersih mingguan anda ialah MYR3500.
Namun ada juga senario yang membataskan anda dari melakukan kerja overtime itu. Iaitu jika majikan anda membataskan pendapatan harian mungkin kerana dia tidak mampu membayar gaji itu.
Lantaran itu, anda disarankan untuk terlebih dahulu memilih majikan yang berkemampuan. Untuk itu, anda boleh merujuk kepada aplikasi erepublik.tools, pilih majikan yang mampu menyediakan quota overtime yang banyak atau sebaiknya unlimited.
Selain dari faedah pendapatan ekstra, anda juga akan mendapat penambahan 50 energy setiap 6 minit bagi rumah Q1 ini. Ertinya energy pool anda lebih cepat meningkat penuh. (Dengan syarat: Anda berada di region residensi anda)
Rumah Q2 pula memberi peningkatan energy sebanyak 80; rumah Q3 sebanyak 100.
Jika anda aktifkan Q1 serta Q2 sekali gus, maka jumlah peningkatan energy tambahan ialah 120.
Dan anda mampu pula bekerja 3 kali sehali... Jika tidak mahu bekerja pun, mata overtime itu terus terkumpul.
Anda boleh juga aktifkan rumah Q1+Q2+Q3.... kerja setiap 6 jam. Serta pertambahan energy pool sebanyak 220.
Mempunyai banyak rumah yang aktif begini penting bagi orang yg gemar berperang, kerana mereka mahu recovery yang cepat.
Tetapi saya tidak sarankan anda miliki rumah Q4 ke atas. Kerana ini sudah tidak ekonomis. Melainkan anda sememangnya tidak memperdulikan kos gara-gara sudah kaya.
Rumah Q2 harga sekitar MYR14K... Rumah Q3 harga sekitar MYR30K.
Maka jika anda congak pengiraan ringkas pun anda dapati mengaktifkan rumah Q tinggi menjejaskan hasil pendapatan anda.
Jika anda mahukan pendapatan yang optimum, lebih baik aktifkan sebuah rumah Q1 sahaja... jangan lebih.
Untuk itu, pihak kerajaan akan melancarkan skim pemilikan rumah mampu milik dalam jangkamasa terdekat. Skim Perumahan eMalaysia ini hanya terbuka khas bagi warga eMalaysia berkelayakan sahaja. Duduk dahulu, bayar kemudian.
Pemohon dikehendaki mengisi borang berikut : Borang Perumahan eMalaysia
Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi Kementerian Hal Ehwal Kebajikan :
Aizat Afifi.
muhammad imran bin karim.
Juruheboh,
Minister of Edutainment
Comments
Xnak rumah, nak hotel 5* hahaha
Ni bangsat tourist balik dari oversea ke apa? Patut kuarantin isocube dengan gelandangan Sentul je.
perangai..
Kita kena selitkan situasai RL BBNU. Reality musim sekarang ni. Hahaha
nak rumah tapi tulaaa.... (jika anda org yg komen mcm ni rugi la der)
Jangan lupa untuk mengisi borang perumahan tak bazir data phone pun. Lagipun sekarangkan musim data free.
jangan pilih IKS/PKS...kerana depa pun dapat bantuan kerajaan..pilihla kongolemerat-kongkeparat yang tak pandang pun anda..yang matanya tak berkelip pun apabila anda membuat sejumlah Overtime yang banyak.
[removed]
#playfromhome
MoSA have concluded that welfare which mean health are under our jurisdiction..so..our predictions that.. we will have babyboom in another 9 months to come...unfortunately it is in Real Life..so we will try to be prepared as good as we could to provide beds and equipment for those babies....
I Love this government !
Vote + endorse + permohanan skim perubamah dihantar
alhamdulillah eGov yg baru ini amat prihatin dgn kebajikan eRakyat..mohon diadakan eBantuan Prihatin Nasional utk eBujang seperti saya..saya bukan eArtis 😜
saya juga
Saya juga bujang
Orang bujang bukan patut diberi rumah sahaja... tetapi juga tangga. Maka ada rumah tangga... Tapi, bini subsidi Q1 saja lah... hahaha 😃
Terima kasih eGov
semua bujang kat sini..IC hampa semua mana ada tulis status perkahwinan sini...depa x buat2 lagi eMarriage..
terima kasih eGov Malaysia