[MoE] SARINGAN TENTERA UDARA DI RAJA eMALAYSIA

Day 4,539, 09:15 Published in Malaysia Malaysia by Amli Nujhan


Korang tahu tak apa suatu pencapaian yang aku respek in real life?
Saringan pengambilan anggota TUDM. (Ini versi tahun 80an dulu, sekarang pun lebih kurang kut)

Iklan dikeluarkan ke media akhbar dan radio di seluruh negara. Anak2 muda yang mempunyai tahap kelulusan akademik menepati syarat, dihantar surat tawaran hadir ujian kelayakan dengan satu tiket keretapi percuma ke destinasi... Pangkalan TUDM Ipoh, Kuantan etc....

381 hadir... Pemeriksaan doktor, timbang berat, kaki tidak kengkang, doktor pegang telur etc...
Berbaris dan dipanggil nama... 134 yg dipanggil itu diberi tiket balik.

Baki yang tinggal itu... Keesokan harinya, ujian aptitude pelbagai subjek campur-campur. Purata masa menjawab ialah 1 saat bagi satu soalan... kepantasan membuat keputusan.
Result terus dapat... Berbaris... 100 orang pula diberi tiket pulang.

Next, hari lain pula, ujian kecergasan... Long distance running.
Peserta berlari pada satu jalan dalam kebun kelapa sawit... jalan lurus tidak nampak hujung di mana... Mental nak kena strong.
Sampai hujung sana... U-Turn balik ke garisan mula...
Siapa yang tidak sampai dalam tempoh ditetapkan, diberi tiket balik rumah.

Biasanya tidak sampai 5 orang yang lulus ke hari final. Iaitu interview.
Masuk dewan temuduga one by one... Masuk kawad properly, beri hormat...
Suara kena jelas dan kuat, serta penuh yakin.
Peserta di sini... Nun jauh di sana, 3 orang penemuduga terdiri dari Dato' panglima pangkat besar.

Biasanya sorang atau dua orang saja lulus.


Maka demikian juga lah di sini.
Terdapat 381 wagra medaftar dalam tempoh seminggu ini; 134 darinya hanya sempat tulis nama... Kemudian pergi meninggalkan kita buat selamanya dengan tanpa berbuat apa-apa.

Sebahagiannya sempat bermain beberapa level... kemudian selamat tinggal.
Maka dengan ini, saya tabik hormat kepada mereka yang berbaris di dalam gambar itu; kerana berjaya capai ke tahap INTERVIEW !


"Sarang Tebuan Jangan Dijolok" - Motto Squadron 100 British Royal Air Force (RAF).


Fly people fly,


Minister of Edutainment