[MOE} LOMBONG EMAS

Day 4,545, 11:25 Published in Malaysia Malaysia by Amli Nujhan


THUMB RULE NUMBER 1

Carilah medal sebanyak mungkin selagi sempat.
Sebab ada medal datang dengan sejumlah GOLD.
Gold yang payah dicari.
Currency kita buat joli.


LOMBONG 1 - Battle Hero 2/3/4/5 Gold

Salah satu cara mencari Gold yang popular ialah Battle Hero
Join mana-mana battle round, kemudian buat influence tertinggi bagi Division kau itu. hal ini ada unsur perebutan.

Namun, biasanya siapa yang pandai tunggu new battle round start, kemudian dia jadi orang pertama buat decent amount influence, maka orang lain tidak cuba curi BH medal tu... Itu jadi moral bagi seluruh player. Kalau kau potong BH orang lain, biasanya player yg kena potong tu akan mesej marah-marah.
Pastikan kau tahu average target influence tu berapa million supaya standing point kau tu munasabah.

Nasihat : Bertahan lah dalam sesuatu Division itu seberapa lama mungkin. Cari sebayak BH kat situ.
Bila naik Division, competition menjadi sukar kembali di awalnya.
Bila sudah terlajak naik Div 4, bermimpi saja lah utk kutip BH itu lagi... Target influence dah capai angka billion dgn level competitors dah tiada limit.

LOMBONG 2 - True Patriot 1000 cc
(Dikesali ini bukan lombong emas. Di suatu zaman dahulu MYR1000 merupakan wang yang sangat banyak).

Setiap kali kau berjuang dalam apa-apa perang pada pihak eMalaysia, kau sebenarnya sedang mengutip recehan wang syiling masuk tabung..
Ada bar kat profile page kau itu yang tunjuk progress sejauh mana perjalanannya.

Bila bar itu penuh, kau dapat lah satu Patriot Medal.
Jangan malas bila perang untuk negara... buat damage banyak, cepat lah sedikit bar ini penuh.

LOMBONG 3 - Freedom Fighter 1000cc
(Ini pun sepatutnya Gold dan bukannya currency)

Ini satu advantage daripada usaha kita buat Training War dengan Poland.

Mula-mula senang saja nak dapat... Buat 25 kill dalam 3 Campaign berasingan: Kau dapat satu medal.
Next round tambah susah sikit.. Buat 50 kill pula.
Kemudian 75 kill pula... Bila 75 kill biasanya masa ni lah aku guna kuasa bazooka. (simpan bazooka utk kerja keras ini)

Lepas tu balik jadi 25 kill semula, tapi kali ni dalam 4 Campaign pulak.
And so on... Sampai tahap paling susah ialah 75 kill dalam 10 Campaign.

Rujuk carta penuh di Wiki Erepublik -Freedom Fighter

Kalau tak sempat buat 50 atau 75 kill dalam satu battle; tunggu energy recover dan sambung jumlah tu dalam battle round lain... Janji Campaign yang sama.
Kalau dah complete bilangan kat situ, kau cari RW kat mana-mana negara lain.
Idealnya nak cari negara mana pulak?... Sebagai serampang 2 mata, Rujuk carta Lombong 3.

Selingan quiz bonus . (Hadiah 2 Gold kepada siapa jawab betul dahulu)
Kenapa dalam gambar kat atas aku buat terlebih dari sasaran 75 kill bagi 3 campaign terawal, tetapi 3 yg bawah tu standard quest 75 kill saja?

LOMBONG 4 - Mercenary 1000cc
(Ini pun dekesali kerana bukan gold. Nilai matawang sudah susut dengan teruk berbanding Gold.)

Tengok bendera negara mana kau belum buat.

Iaitu kau kena buat 25 kill untuk sesebuah negara tu.
Complete set apabila berjaya contribute kepada 50 negara.
Kerja round dunia, lebih praktikal plan jumpin contry to another country yang berdekatan... save ticket cost.
Buat benda-benda ni ketika negara tak ada war event.
Tak perlu buat sekali gus... sedikit demi sedikit.
Ada kalanya, terasa lombong ini lebih mudah dari lombong 3 tadi.

LOMBONG 5 - Resistance Hero 5 Gold

Ini nasib... dan juga gamble.
Untuk memulakan suatu Resistance War, perlu ada 10 orang penaja.
Setiap penaja perlu letak taruhan MYR1000 bahawa RW itu akan menang pada pihak negara asal.
Jika berjaya maka duit MYR1000 tak hilang... dan dapat pula medal + 5 Gold.
Sebelum gatal tangan nak support, lebih baik jika tahu background politik sedikit sebanyak. Ada sesetengah region tu buat lah 10 kali RW pun, negara penjajah tidak akan lepaskan. Rugi je MYR1000.

Ini juga suatu advantage bagi kita yg main Training War dgn Poland. Dah dalam perjanjian bahawa setiap RW tu kita akan menang.
Gamble yg gerenti menang... Cuma masalahnya, siapa cepat dia dapat.
Fakta yg perlu tahu, ialah RW tu hanya boleh start selepas 24 jam Poland ambil region tu sebelum ni.
So, marking elok2... pukul berapa Sabah atau Sarawak tu jatuh ke tangan Poland. Cepat2 join support.

LOMBONG 6 - PRESTIGE HUNTER 5 gold
Sesiapa rakyat negara ini yang mampu sempurnakan quest prestige mingguan.

Ringkasan lain-lain pencapaian yang memberikan 5 Gold :
Hard Worker, Congress Member, Country President, Media Mogul, Campaign Hero, Resistance Hero, Super Soldier, Society Builder, Top Fighter, Prestige Hunter and Dictator Trainee medals reward

Lain-lain medal seperti Liberator, Sky Hero, Dictator... Gold sangat lumayan, but seriously beyond reach of our daily intention....
Eh, nanti dulu... Sky Hero = 30 Gold... yeah, boleh kut. 😃

Wahai seluruh warga eMalaysia... Jangan perang membuta tuli, sentiasa fikirkan objektif hendak kutip MEDAL.

Zikirkan sentiasa:
MEDAL !
MEDAL !
MEDAL ! ...


Peniup Semboyan,


Minister of Edutainment