[MOE] ANUGERAH NILAM

Day 4,562, 12:37 Published in Malaysia Malaysia by Amli Nujhan


Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)

Semenjak dua menjak ini nampaknya media kita tiba-tiba agak kurang aktif.
Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa game ini akan menjadi agak membosankan jika kita tidak mendapat cukup input.

Game ini berlandaskan BROWSER.
Iaitu kita melompat dari satu page ke page lain untuk melakukan sebarang aktiviti.
Bagi sesiapa yang gagal memahami aktiviti browsing, mereka mendapati tanggapan pertama terhadap game ini ialah sesuatu yang membosankan lantaran dari tiada interaktif media berbentuk audio visual secara langsung.
Game ini ialah game BISU.

Bukan bisu... tetapi shhhhh... tolong senyap.
Ini perpustakaan.

Orang di sini, membaca, mentelaah, menyelidik, membuat kira-kira...
Berkomunikasi sesama pemain pun melalui membaca dan menulis.

Justeru itu Ministry of Edutainment dengan ini mengelolakan suatu pertandingan membaca dan menulis.
Iaitu seluruh warga eMalaysia dianjurkan untuk membaca di seluruh media dari serata eRepublik, kemudian buat sinopsis atau olahan tersendiri berdasarkan dari bahan bacaan tersebut.
Artikel yang menjadi rujukan mestilah ditampilkan link untuk semakan perbandingan.
Jika lebih menarik dari artikel asal, anda berpeluang cerah untuk menang.
Artikel yang berkaitan perlulah berkisar tentang game ini sahaja, samada dari sisi politik, ekonomi, miltari atau sosial.
Ayuh, kongsikan apa yang anda temui.


Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga eMalaysia.

Hadiah pertama 10 Gold
Hadiah kedua 7.5 Gold
Hadiah ketiga 5 Gold

Semua penyertaan akan mendapat saguhati makan sampai kenyang.

Keputusan akan diumumkan pada khutbah solat Hari Raya idulfitri.




Kutub Khamah,


Minister of Edutainment