Rambang #2

Day 4,509, 09:32 Published in Malaysia Malaysia by Nerzhu1

Sambungan dari siri rambang minggu lepas.

Tapi sebelum tu...



Haa, boek tak? xD

Jadi, dimanakah terletaknya nilai seorang manusia?
Mengapa kita kadang-kadang suka untuk menilai orang lain?


Dulu-dulu, atau 11 tahun yang lalu, diri ini selalunya beri penilaian yang buruk terhadap orang lain. Terutamanya dengan rakan sendiri juga dulu, melihat mereka berfoya-foya, ponteng kelas, melepak sana sini, tiru dalam peperiksaan, dan banyak lagi.

Kadang-kadang terfikir kenapa mereka nak juga ada di universiti jika perangai mereka macam ini? Mengapa susahkan orang tua hanya untuk tidak bersungguh-sungguh untuk buktikan pada mereka dan berjaya dalam hidup?

Kalau ada yang baca siri sebelumnya akan tahu, yang diri ini sangat pentingkan nilai prestij akademik.

Dan 11 tahun kemudian? Bila diimbau kembali, setiap seseorang manusia ada sebab mereka tersendiri mengapa mereka berbuat demikian. Kalaulah diri ini buang ego itu dari awal lagi. Namun hakikatnya bila dah sedar, 'nasi sudah menjadi bubur'.


Maka dengan ini, kita akan bersambung dalam siri rambang seterusnya. 🙂

Takut terbuat panjang lebar, takde yang minat nak baca pula.