Mencalonkan Diri Sebagai Calon Presiden Parti Solidariti Ummah Nasional
Noveras
Seperti yang anda semua sedia maklum, di dalam tempoh masa 2 hari lagi kita akan mengadakan pemilihan presiden parti bagi penggal Mac 2021. Di sini dengan rendah hatinya saya ingin mengumumkan bahawasanya saya akan bertanding bagi merebut jawatan presiden parti Solidariti Ummah Nasional bagi penggal Mac 2021.
Pengenalan Diri
Bagi mereka yang belum mengenali saya, di sini saya ingin memperkenalkan diri saya serba sedikit supaya tuan dan puan boleh lebih mengenali siapakah calon yang tuan puan akan pilih di dalam masa 2 hari lagi. Untuk makluman tuan dan puan, saya dilahirkan di eMalaysia pada tanggal 27 Disember 2009 dan bergiat aktif di eMalaysia sebagai ahli politik, wartawan dan juga ahli perniagaan sehingga sekitar bulan November 2012.
Di dalam tempoh sekitar 3 tahun bergiat aktif di eMalaysia, berikut adalah beberapa jawatan yang telah saya pegang,
1) Presiden parti :- 4 kali
2) Ahli kongres :- 4 kali
3) Timbalan menteri pertahanan :- 1 kali
4) Timbalan menteri dalam negeri :- 1 kali
Pada masa ini, saya telah diberikan kepercayaan oleh Puan Presiden eMalaysia Cempaka Adalia, untuk menerajui Kementerian Hal Ehwal Kebajikan eMalaysia.
Manifesto
Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menyenaraikan beberapa perkara yang di dalam perancangan saya jika saya dipilih oleh tuan dan puan menjadi presiden parti Solidariti Ummah Nasional,
1) Meneruskan polisi mengetepikan semangat berparti dan memilih untuk meneruskan bekerja sama dengan ke semua pihak di eMalaysia bagi menjaga kedaulatan negara tercinta kita daripada sekali lagi di nodai oleh anasir luar.
2) Memulakan program "mentor mentee" bagi generasi rakyat eMalaysia yang menjadi ahli Parti Solidariti Ummah Nasional.
3) Memulakan program "Skim Rumah Kos Rendah" bagi rakyat eMalaysia yang menjadi ahli Parti Solidariti Ummah Nasional.
Insha Allah, jika saya dipilih sebagai presiden parti, dengan bantuan tuan puan di dalam Parti Solidariti Ummah Nasional, kesemua perancangan saya ini mampu dicapai.
Dengan ini, saya menamatkan artikel saya pada kali ini dan jangan lupa untuk tuan puan jalankan hak tuan puan bagi memilih presiden parti pada tanggal 14 Mac 2021. Kita jumpa di peti mengundi.
Yang Benar,
Pak Noveras
Comments
Terbaik!!!! Aku nak join Skim Rumah Kos Rendah boss
Guna dulu rumah Q1 yang aku bagi tu. Nanti dah habis join la.
tuan, ada surat sokongan tak?
Tak ada sebab tu muka tak malu mencalonkan diri dan bukan di calonkan hahaha
Lah Solidariti Umah Nasional jeke dapat skim😭
2) Memulakan program "mentor mentee" bagi generasi rakyat eMalaysia yang menjadi ahli Parti Solidariti Ummah Nasional.
emmmm look nice...... hehehe
mantap o7
Sokong bos!! o7
steady YB o7
pada yg lain, dh boleh start isi borang lompat parti. ada banyak lagi tu. hahaha 😛
March - April menjadi Party President
April - May menjadi Country President
o7