[MoE] Tahniah kepada pemenang yang berpantun bersama MoE.

Day 4,809, 21:13 Published in Malaysia Poland by Ministry of Edutainment


Pantun didendang siap berbusana,
Dilagukan oleh si anak dara,
Hadir tuan meriah suasana,
MoE menyambut penuh gembira.

Berakhirlah sudah acara berpantun dari pihak MoE. Dan pemenang akan dikira berdasarkan kepada undian vote di dalam komen pantun tersebut.

Juara bagi acara pantun kali ini jatuh kepada MoD kita Leo Syahmessi kerana meraih undian vote sebanyak 4. Tidak sia sia mengarang pantun untuk memancing vote.


Naib juara yang juga tak kurang hebatnya dinobatkan kepada OPMM Wingman dengan undian vote sebanyak 3. Hadiah istimewa dari saya sendiri sebab menghantar sebanyak 2 penyertaan dan mendapat 3 vote setiap satunya.


Dan saguhati kepada Amli Nujhan, Awang,Al Baymax, mhifzan kerana menyertai.

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah.


Ministry of Edutainment