Suatu Era Baru

Day 4,568, 07:26 Published in Malaysia Indonesia by Iskandariah Abdulllah
Kota Kinabalu - Dalam kita melewati arus pembangunan dan pemodenan, jatuh bangun membanting tulang membangkit diri menjana transformasi ke arah e-negara yang megah dan makmur.

Namun dalam alunan ekonomi yang mampan dan makmur, masih berlaku ketirisan-ketirisan, suara-suara sumbang yang memalit tumpah tanah e-negara kita. Ini adalah amat mengecewakan kerana sekecil-kecil tikus mampu menumbangkan gajah yang besar.

Maka dengan itu, haruslah kita bangkit bersama, bukan setakat berlawan menghadapi musuh-musuh luaran, malahan musuh-musuh dalaman yang tika mana kelihatan amat kecil dan tidak memberi impak yang besar namun inilah yang mampu menjatuhkan sebuah e-Negara yang merdeka.

Jadikanlah kisah Julius Caesar, seorang ahli politik, Jeneral Rom sebagai pengajaran, dalam beliau membangunkan ibu kota Rom dengan cemerlang. Malang seribu kali malang, beliau jatuh tersungkur di tangan senator-senator di dalam pentadbiran negaranya sendiri.

Ayuh..!! bersama-sama kita bangkit membangunkan e-Negara kita.. suka saya memetik kata-kata Abraham Lincoln - "that this nation, under God, shall have a new birth of freedom—and that government of the people, by the people, for the people, shall not perish from the earth"..

by Iskandariah Abdullah