Bulan Ramadhan di PKP

Day 4,543, 10:09 Published in Malaysia Indonesia by mhifzan
Pertama kali dalam sejarag, berpuasa didalam tempoh PKP. Best yer rasa, sbb lepas sahur leh bantai tido smp kul 11 pagi. Tidak seperti kebiasaan, dimana kena gi hantar anak ke sekolah jam 7 pg. Pukul 8 kena masuk keje.

Tetapi tidak lg kerana bercuti bergaji penuh sambil baring2 dirumah, bergurau senda dgn anak2. Perg best. Guling2 atas katil. Perg nikmat yer terasa.

Diharapak PKP akan terus dipanjangkan jd dapat la merasa beraya dirumah. X perlu dah pikir tahun ni nak pakai baju raya warna ada. Berpusu-pusu ke pasaraya cari baju. Tidak perlu gi membeli @ buat kuih raya kerana tiada org akan dtg beraya dirumah kita.

Zakat fitrah tahun ni pun cukup spesial kerana bayar secara on9. Xde la tercari ameer yg mengutip zakat fitrah tahun ni. Semua di hujung jari

Tiada lg bunyi2 bising budak2 main mercun tahun ni. Tiada bunyi bising motor2 merempit tiap2 malam menganggu org.

Dikala ada yg mengeluh di PKP ini. Ketahuilah bahawa ada hikmah di sebalik kejadian. Jd marilah kita memandang dari sudut positif.

Akhir kata, SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM.


P.S: kalau ada typo, paham2 je la. Malas aku nak check. Hahaha